Nampaknya bila hari minggu je Dania kena kerja. Ada hari minggu pernah Dania cuti tapi time tu tak ada kenduri kahwin pulak. Tak apalah....ummi dan ayah je la yang pergi. Dania pun dah kenyang makan tengahari. Masuk jam 2 petang, tiba jam 1 petang jadi boleh la solat dulu kemudian masuk kerja. Seluar dan tudung je boleh warna selain daripada hitam. Blouse kena warna hitam.
Bila ummi dan ayah ke majlis perkahwinan anak kepada officemate. Masa kami datang ni tak nampak pun kelibat officemate hubby. Mungkin tak datang lagi atau mungkin di luar kawasan sebab cuti bersambung kan?. Jumpa tuan rumah seorang je la officemate hubby pun.
Muka nampak berbelang sebab centerpiece kat meja kemain tinggi. Canggih tu memang canggih la tapi kena tengok la purpose dia apa.
Haaa tudia centerpiece ni...tinggi melangit kemain. I think la kan untuk majlis perkahwinan buat centerpiece rendah ok la sebab senang nak mingle dengan orang depan dan nak tengok pengantin. Centerpiece ni macam nak menyorok dari tetamu satu meja.
Anak-anak ini jemputan dari tuan rumah. Saudara mara dari Singapura. Dua adik beradik depan sekali ni sekolah madrasah di Singapura. Tukang cakap yang depan sekali.
Adik 2 yang kecil pula bersekolah di sekolah sekular. Jadi, tidak pandai sangat berbahasa melayu. Sekolah sekular ini tidak ada matapelajaran agama jadi mereka akan belajar agama selepas sekolah la. Saya cerita la kalau di Malaysia, sekolah kebangsaan ada subjek agama. Bulat mata yang depan sekali ni. Mungkin pelik la kat negaranya tak ada pula subjek agama kan....
Muka tak ada beza pun dengan orang Malaysia kan?. Kalau tak tahu, memang ingat orang Malaysia la. Ayahnya memandu dari Singapura. Berkenan dengan adik yang paling kecik tu. Lesung pipit punya dalam.
Majlis diadakan di D'Intan Crystal Grand Hall di Bandar Sri Damansara. Kat luar hall ni ada staff Decathlon standby bagi voucher.
Masuklah Decathlon pulak tapi tak beli apa-apa pun.
Lepas tu balik singgah solat kat Masjid At Taqwa Taman Tun sebelum bertolak balik. Jalan agak lengang juga. Mungkin cuti panjang orang ramai keluar kan. Seronoknya kalau jalan tak sesak ni.
XOXO,
Ezna







Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.