Cerita pasal kad debit Visa BTS World Tour Arirang ni....mula diperkenalkan pada 23 September 2026. Ada beberapa cawangan Maybank yang terpilih yang ada kad ni dan limited hanya 60 kad sehari. Saya ada pergi ke cawangan di Seksyen 14 Shah Alam sebab saya familiar kat situ. Pergi jam 11 pagi kemudian bila tanya kat kaunter...kad dah habis sebab seawal jam 4 pagi dah ada yang beratur. Wahhhh gigih kamu ya?.
Saya buat relaks buat peace je la ingatkan tukar macam biasa 😅. Tenang je....itu pemikiran saya la....tapi....kalau nak tukar kat branch kena awal pagi. Kena beratur sebelum branch bukak. Ni yang saya tak sanggup. Tapi ada terfikir kalau nak keluar ke Shah Alam selepas Subuh. Setelah berfikir panjang, takpelah saya pass.
Fikir sebab 28 September 2026, ada ditawarkan kad online. Boleh apply seawal 12.45 pagi. Kena celik mata la ya....saya masuk website Maybank2u pada 12.30 kemudian kena bagi aktif la click sana sini. Kemudian jam 12.42 camtu keluar pula pilihan kad BTS ni. Kena select kad tu. Kemudian sah kan alamat dan kena approved di phone.
Cara-cara nak tukar kad debit Maybank BTS di website Maybank2u :
1. Log in Maybank2u.com
2. Bahagian atas click Cards
3. Pilih Maybank Visa Debit Card
4. Click ... (tiga titik)
5. Pilih Manage my debit card
6. Pilih Debit Card Replace, Renew, Activate & Block
7. Dekat Card details click ... (tiga titik)
8. Pilih Replace / Renew Card
9. Click card yang nak dipilih
10. Update alamat penghantaran kad dan click submit
11. Approve transaksi di phone
12. Ok....good to go. Yayyyyy....kalau kad perlu ditukar dalam masa 1 tahun, tak payah bayar fees penukaran kad sebanyak RM12. Kalau kad tu perlu ditukar dan expiry date kad tu lebih daripada 1 tahun jadi kena la bayar fees penukaran kad sebanyak RM12. Fees akan terus ditolak dari akaun.
Kena buat berhati-hati jangan nak cepat je ya sebab takut terpilih block card naya je. Tak pun terpilih kad MU yang berwarna hitam. 😅
Credit : Maybank
Bila approved transaction di phone, keluar yang ini. RM12 untuk tukar kad terus deduct dari akaun.
Kad akan dipos ke rumah dalam masa 9 hari.
Credit : Maybank
Sebelum kad BTS tiba, boleh la guna kad yang lama. Kad lama saya ni tukar kat mesin penukaran kad dalam Maybank Bandar Baru Bangi je. Tenang je nak tukarnya pun. Kad ni pun memang kena tukar pun kalau dah nak tiba tarikh luput. Nak tak nak kena tukar juga kan. Pernah pakai kad Maybank ceri juga sebelum ni. Latest ni Maybank x Manchester United. Kad saya ni pun lapisan luar ni macam nak tertanggal dah.
Hai la kad hitam belegam ni pun nak ya....kalau takde tulis BTS tu tak tukar yang ni....😆. Boleh simpan sebagai kenang-kenangan juga. Dania tak ada akaun Maybank.
Kalau nak tukar di branch, saya rasa dah kurang dah beratur panjang-panjang sebab ada option penukaran kad melalui website. Jadi, kalau nak tukar kad walk-in hanya branch di bawah sahaja yang ada :
• Bukit Bintang
• Mid Valley City
• KL Main Branch (Menara Tun Perak)
• Dataran Maybank
• Petaling Jaya Main Branch
• Shah Alam Main Branch
• Penang Main Branch (Lebuh Union)
• Ipoh Main Branch (Jalan Sultan Idris Shah)
• Kuantan Main Branch (Jalan Sultan Abdullah)
• Johor Bahru Main Branch (City Square)
• Karamunsing (Bangunan Maybank)
• Kuching Main Branch
Credit : Maybank
Lama dah saya ada akaun Maybank iaitu masa lepas SPM sebab kerja dengan McDonald's kena ada akaun Maybank untuk McDonald's masukkan gaji. Masa tu gajinya RM2/hour je. Jadi saya bukalah akaun di Maybank SS2. Masa tu pun kerja kat McDonald's SS2 juga.
Dah ada yang tukar kad debit Maybank Visa BTS World Tour Arirang?. Card allocation pun atas first come, first serve basis jadi kad yang ni limited edition. Kalau berminat, kena cepat-cepat apply.
XOXO,
Ezna





my maybank debit card sama mcm yg u punya tu lah ie MU tu...dan akaun i pun i bukak masa nak keje part time mcd kompleks pkns shah alam tu...masa tu i cuti lps abih matriks, sblm masuk uia gombak (main campus)..rasa2nya thn 1997 lah
BalasPadamOh you cuti lepas matriks ya...i dalam 1993 keje kat McD ss2. Ada seorang yang part time dari UIA juga. Kad Maybank kita ni kalau nak dekat tarikh luput nak kena tukar juga. Jadi alang2 terus tukar la kad baru BTS ni. Macam kad TNG pulak ada tarikh luput.
PadamKak adavanced bab ni...sudah tentu saya yg bukan peminat korea x tahu kewujudan kad ni...baru tahu...
BalasPadamHehe...sebab pemegang kad Maybank. Kalau tak, tak tahu juga. Ni Dania la ni yang influence ni. Hehehe....alang-alang kena tukar kad debit ni sebab ada tarikh luput jadi kita tukar la kad baru. Ambik yang limited edition. Dah expired kita jadikan kenangan. Hehe
PadamCantik la plk kad ni sis...Jgn la racun sy sis..Hahaha
BalasPadamHaha....apply je la kalau tarikh luput kad dah dekat dah. Alang2 kena tukar tu Nieza. Huhuhu
PadamBijak Ezna buat keputusan tukar secara online je kat Maybank2u, tak perlu nak pening beratur panjang. Comel dan eksklusif betul kad BTS ni!
BalasPadamYa SA. Kalau online ada 50,000 kad setiap hari sehingga stok masih ada la. Warna kad ni hitam je pun tapi Army berebut.
PadamGigih ye Ezna hehe ... Sy tak minat benda gini. Gunapakai kad apa yg ada je, janji functional ahak
BalasPadamKalau dah minat PH...gigih la. Cumanya tak gigih nak beratur tu la.
PadamGara2 kad ni la suami kena pergi ofis bekerja malam smp esok paginya 😅 Nasib baik sis Ezna tak beratur nak tukar kat cawangan, saya baca ada yg datang seawal 6 pagi semata-mata nak dapatkan kad debit BTS ni.
BalasPadamOh salah satu cawangan/HQ la ni....ish ish penangan kad ni sampai kena kerja sampai pagi. Tapi....memang akan boom sebab Army Malaysia ni memang bersungguh-sungguh Carneyz. Tu yang masa pergi jam 11 pagi ehhhh kad dah habis untuk hari tersebut. Kena datang esoknya. Malas la....kita try online je la....
PadamBTW tak tau kenapa kat reading list saya tak nampak update terbaru blog sis Ezna. Bila pergi blog baru tau dah banyak entry rupa2nya huhu
BalasPadamEh kenapa pula ya?. Sekarang ni blogspot macam ada problem la. Video saya sebelum ni dia suruh save pulak dah.
Padamada yg beratur 3 pg ada tgk kt treads...dasat btul tp ada yg pegi maybank yg tk brp rmi die org ke 4 tp tkde lawal pg mcm org lain..slamat menunggu kad bts sampai nanti
BalasPadamIshhh lagi awal. Lepas tu macam mana tu....dah la branch tu tak bukak lagi. Berani eh dia....kalau kat KL / Selangor ni Maybank selalunya ramai orang. Mungkin kat negeri lain kot. Kalau kat Maybank Shah Alam siap buat mini concert kot nyanyi lagu BTS. Staff bagi air dan ada juga yang bagi sandwich....kita datang hari pertama kol 11....haha memang habis dah la kad nya sebab 1 hari 60 kad je kalau walk in. Kalau online, 1 hari 50,000 kad.
PadamHebatnya berebut2 nak dapatkan kad debit bts
BalasPadamYa Wak....fans BTS ni ramai kat Malaysia.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.