Tercapai impian nak menonton F1 di Malaysia

Bab bab kena queue nak beli tiket ni buat hati sangat berdebar ya. Tak sanggup betul tapi kena buat juga. Ikutkan dengar-dengar dah boleh beli 13 Ogos 2026. Website official yang boleh beli di bahraingp.com dah crash. Langsung tak boleh beli tapi kena call kat call center. Kalau nak beli kat F1 direct pun boleh juga cuma harganya tak ada untuk warganegara Malaysia yang lebih rendah la harganya. Macam Khairul Aming rasanya beli direct kat website F1. 

Akhirnya pada 15 Ogos 2026, nampak kat threads ada yang beli tiket pagi ni. So saje buka kat bahraingp dan saya pun queue. Ada 6105 orang depan saya dan masa ialah 19 minit. Ada harga tiket untuk bukan warganegara Malaysia dan warganegara Malaysia. Jangan tersalah klik pula. 


Bila tiba turn saya berdebarnya masa isi borang tu tuhan je yang tahu. Tak bolehlah memang akan berdebar sangatlah. Pada 5.05 pagi waktu Bahrain dan Malaysia jam 10.05 pagi,  rezekilah dapat tiketnya dan memang aim seat kat  sini pun. Alhamdulilah. 

Harga tiket ni untuk 3 hari berturut-turut dan nanti Dania pergilah dengan ayah dia. Dah cakap dah disebabkan harga tiket yang tinggi jadi Dania dan ayahnya la pergi berdua. Biar saya dan Dania ke konsert BTS. 😅. Barulah adil kan?...


Alhamdulilah....bila saje-saje saya masuk balik tengok-tengok seat F Grandstand ni dah sold out. Adik-adik saya pun nak pergi juga tapi nak seat kat bahagian lain. Kot terserempak mungkin juga. 

Ada sesiapa lagi yang beli tiket F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026?. 





XOXO,
Ezna





 

18 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Huhu kita x lepas nak battle tiket ni 😭😭 igt nak beli utk abin tapi x kesampaian... xde rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi tiket. Check kat bahraingp.com tu ada main grandstand dan hillstand B. Kalau tiket Madani tu awal2 dah sold out.

      Padam
  2. Yang untung Dania, dapat pergi dua2 event hehe 😁

    BalasPadam
  3. Uncle experience F1 pertama dulu...
    Dan selepas itu....

    BalasPadam
  4. Tahniah dapat tiketnya. Untung Dania dapat pergi dua² tu. Kita jenis malas nak battle dan kurang minat F1. Kalau moto GP Onz jugalah tapi selalu terlepas jugak. huhuhu....

    BalasPadam
  5. Tahniah dapat beli tiket. Best la nanti Dania dapat pengalaman pi F1.

    BalasPadam
  6. Tahniah sis..mesti seronok nnt =)

    BalasPadam
  7. Kalau Raka memang tak minat F1 atau MotoGP . Jadi tiap ada pertandingan, tak pernah ikut battle 😅. Terkadang saya bersyukur juga, sebab bukan murah tiketnya hahahah

    BalasPadam
  8. husband dlukala pernh dpt tiket free tgk F1..kalini dania ngan ayah dating...nanti dania ngan umi plak dating

    BalasPadam
  9. wahhh so dania akan gi tgk f1 dgn ayah lah yer tu...best tu!!

    BalasPadam
  10. F1 di Sepang kembali! Challenging betul nak mengadap website crash time berebut tiket tu. Tahniah Ezna dapat gi! Fair deal sungguh, ayah-anak layan engine roar, mami tunggu BTS concert. Enjoy the race weekend! 🏎️

    BalasPadam
  11. Wah..rezeki Kak Ezna la...bukan senang nak battle tickets nih...memang dupdap selagi tak dapat kan hihi

    BalasPadam
  12. Pernah masuk time Motor GP tahun bila ntah. Tu pun sebab kerja.

    BalasPadam
  13. Pernah masuk time Motor GP tahun bila ntah. Tu pun sebab kerja.

    BalasPadam
  14. Rezeki namanya ni..tapi SA x suka sebab bunyi bising tu...hahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.