Bab bab kena queue nak beli tiket ni buat hati sangat berdebar ya. Tak sanggup betul tapi kena buat juga. Ikutkan dengar-dengar dah boleh beli 13 Ogos 2026. Website official yang boleh beli di bahraingp.com dah crash. Langsung tak boleh beli tapi kena call kat call center. Kalau nak beli kat F1 direct pun boleh juga cuma harganya tak ada untuk warganegara Malaysia yang lebih rendah la harganya. Macam Khairul Aming rasanya beli direct kat website F1.
Akhirnya pada 15 Ogos 2026, nampak kat threads ada yang beli tiket pagi ni. So saje buka kat bahraingp dan saya pun queue. Ada 6105 orang depan saya dan masa ialah 19 minit. Ada harga tiket untuk bukan warganegara Malaysia dan warganegara Malaysia. Jangan tersalah klik pula.
Bila tiba turn saya berdebarnya masa isi borang tu tuhan je yang tahu. Tak bolehlah memang akan berdebar sangatlah. Pada 5.05 pagi waktu Bahrain dan Malaysia jam 10.05 pagi, rezekilah dapat tiketnya dan memang aim seat kat sini pun. Alhamdulilah.
Harga tiket ni untuk 3 hari berturut-turut dan nanti Dania pergilah dengan ayah dia. Dah cakap dah disebabkan harga tiket yang tinggi jadi Dania dan ayahnya la pergi berdua. Biar saya dan Dania ke konsert BTS. 😅. Barulah adil kan?...
Alhamdulilah....bila saje-saje saya masuk balik tengok-tengok seat F Grandstand ni dah sold out. Adik-adik saya pun nak pergi juga tapi nak seat kat bahagian lain. Kot terserempak mungkin juga.
Ada sesiapa lagi yang beli tiket F1 Gulf Air Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026?.
XOXO,
Ezna


Tahniah
BalasPadamTerima kasih Wak.
PadamHuhu kita x lepas nak battle tiket ni 😭😭 igt nak beli utk abin tapi x kesampaian... xde rezeki
BalasPadamAda lagi tiket. Check kat bahraingp.com tu ada main grandstand dan hillstand B. Kalau tiket Madani tu awal2 dah sold out.
PadamYang untung Dania, dapat pergi dua2 event hehe 😁
BalasPadamYa. Ummi dan ayah pun salah satu je.
PadamUncle experience F1 pertama dulu...
BalasPadamDan selepas itu....
Tahniah dapat tiketnya. Untung Dania dapat pergi dua² tu. Kita jenis malas nak battle dan kurang minat F1. Kalau moto GP Onz jugalah tapi selalu terlepas jugak. huhuhu....
BalasPadamTahniah dapat beli tiket. Best la nanti Dania dapat pengalaman pi F1.
BalasPadamTahniah sis..mesti seronok nnt =)
BalasPadamKalau Raka memang tak minat F1 atau MotoGP . Jadi tiap ada pertandingan, tak pernah ikut battle 😅. Terkadang saya bersyukur juga, sebab bukan murah tiketnya hahahah
BalasPadamhusband dlukala pernh dpt tiket free tgk F1..kalini dania ngan ayah dating...nanti dania ngan umi plak dating
BalasPadamwahhh so dania akan gi tgk f1 dgn ayah lah yer tu...best tu!!
BalasPadamF1 di Sepang kembali! Challenging betul nak mengadap website crash time berebut tiket tu. Tahniah Ezna dapat gi! Fair deal sungguh, ayah-anak layan engine roar, mami tunggu BTS concert. Enjoy the race weekend! 🏎️
BalasPadamWah..rezeki Kak Ezna la...bukan senang nak battle tickets nih...memang dupdap selagi tak dapat kan hihi
BalasPadamPernah masuk time Motor GP tahun bila ntah. Tu pun sebab kerja.
BalasPadamPernah masuk time Motor GP tahun bila ntah. Tu pun sebab kerja.
BalasPadamRezeki namanya ni..tapi SA x suka sebab bunyi bising tu...hahahaha
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.