Kami ke IOI City Mall ni tujuan utamanya nak beli barangan runcit. Alang-alang nak hantar Dania kerja kami shopping kat sini je la senang. Mulanya sama-sama ke surau besar kat bahagian baru tu solat dulu. lepas solat Dania masuk kerja. Ummi dan ayah ke AEON.
Beli minyak Saji ni ada paket kerisik pula.
Mencari kopi....
Beli plastik sampah. Plastik sampah ni berbau lemon. Kuat betul bau lemon dia.
Lepas membeli kat AEON, hubby letak barang dulu dalam kereta. Kemudian saya ke Uniqlo. Menarik ni sebab ada seluar Cotton Relaxed Ankle Pants ni turun harga jadi RM59.90. Pernah beli ni untuk Dania. Bila pergi balik untuk beli untuk diri sendiri...harga jadi normal pula. Sayang pula nak bayar lebih RM20.
Sambil melihat saiz yang nak dibeli...ada pula seseorang ni berbaju kurung Calanthe. Teringat kat anak sendiri.
Saya suka sangat fabrik cotton ni. Seluar pula bukan jenis ketat. Memang selesa la. Alang-alang harga turun terus beli 2 helai.
Hubby pula tunggu kat Sport Direct. Mencari sepasang kasut baru.
Tapak kasut ni dah haus dah. Masa baru masuk IOI City Mall. Tergelincir sebab ada titisan air kat lantai. Nasib tak berdebuk jatuh. Pernah tanya tukang baiki kasut boleh tukar tapak ke? Tak boleh katanya. Ada kasut boleh je tukar tapak. Walaupun bahagian atas kasut ni elok lagi, tapaknya dah haus.
Try la beberapa saiz nak mencari keselesaan. Harga kasut Hi Tec ni RM109. Harga asal tinggi lagi ni. Beli yang ni. Dah berkenan dan harga pulak ngam. Kasut ni design hi cut.
Sementara itu, kat rak ada beberapa kasut berjenama dengan harga yang menarik. Harga menarik diberikan kerana saiz dah limited.
Cubalah try kasut ni. Jenama Adidas berwarna ungu lembut dan tepinya warna mint dan merah.
Tengoklah harganya. Menarik kan? Kasut ni pula bila pakai sedap je dan ringan. Warna dia memang saya suka sangat. Nak beli ke tak ni? Warna yang betul kat atas ni.
Ini pun warna kegemaran saya tapi bila pakai agak berat dan keras. Nak kena cari kasut yang selesa pakai.
Warna pink ni mahal sedikit.
Selain daripada jenama Adidas....ada juga jenama lain warna ungu. Vans ni pun cantik.
New Balance ni warna cantik tapi tapaknya macam besar sikit daripada kasut. Macam nampak cacat pula.
Kasut Fila dengan tali kasut berwarna ungu lembut. Susah juga nak jaga kasut warna putih ni.
Lepas tu menuju ke Astana Putra la....makan cendol pulut.
Air cincau dengan puding mangga.
Keropok lekor. Ada sebahagian keropok lekor ni tapau je.
Hari ni dapatlah shopping barang runcit, seluar dan kasut. Sesekali bershopping.
XOXO,
Ezna





















Banyak pilihan kasut murah tu.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.