Dapat jemputan majlis aqiqah kat area berdekatan dengan rumah saya. Ni kawasan tanah lot...jadi rumahnya mengikut design sendiri.
Majlis akikah cucu Kak Shima....suami kak shima ni ada beberapa kali jemput hubby ambik durian kat kebunnya. Ambik ya....bukan beli.
Yang diraikan Camelia Izzara. Mak dia letak terus atas meja.
Ikat rambut ni berbentuk rama-rama. Comel sangat. Camelia confuse Aunty dok ambik gambar dia.
Ini pula menantu tuan rumah dan anaknya juga diraikan iaitu Zayn Yusuf. Comel kan?.
Saya kata ibunya ni muka macam Wawa Zainal dan anaknya macam anak Neelofa.
Tuan rumah beli kambing 3 ekor dengan Muhamad ni la yang Dania nak interview tu. Muhamad yang sembelih tapi tuan rumah yang masak.
Dania dan hubby makan nasi tapi saya makan laksa. Bila nampak laksa, saya tak ambil nasi dah.
Tuan rumah yang perempuan orang Kedah jadi memang pandai la masak laksa utara. Kebetulan laksa utara tuan rumah ni memang sedap dan memang ada juga ambil tempahan tapi anaknya yang masak la.
Moga jadi anak yang soleh dan solehah buat Zayn Yusuf dan Camelia Izzara.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.