Minggu lepas ada satu hari tu Dania off day. Kalau time kerja kat sini, jadual kerja untuk esok diberikan daily jadi kadang awal, kadang lewat jadi nak plan keluar tu kena tunggu jadual tu keluar. 😅. Masa kerja last year, jadual kerja Dania diberikan jadual kerja selama seminggu jadi kita boleh siap-siap plan nak keluar dengan kawan hari apa.
Ok nak jadi cerita, ada seorang kawan Dania nak keluar sangat dengan Dania sebab nak bercerita. Banyak cerita pulak tu. Mukadimah ada la dia bagi tahu Dania. Selebihnya kena jumpa la. Ummi kenal la sebab Juna ni dulu sekelas dengan Dania masa program Agribusiness. Mereka saling berlawan dalam peperiksaan akhir. Pernah Dania dapat GP 3.966 untuk semester 1, Semester 2 pula Juna dan Dania masing-masing mendapat GP 3.965. Ni cerita lama sebab tak guna pun GP program lama ke program Animal Science ni. Berlawan la mereka dalam pelajaran...bukan berlawan fizikal.
Hari Dania dapat tahu jadual tu terus Dania bagi tahu Juna boleh jumpa esoknya. Juna respond la sebab memang tunggu masa nak keluar dengan Dania. Gambar bawah ni masa makan kat Richeese kat MyTown. Ummi hantar je kat MRT Kajang tu so memang direct terus turun kat MyTown tu kat MRT Cochrane. Jumpa la terus sana. Juna pula dari Shah Alam. Kan dah ada laluan MRT Shah Alam tu.
Saya pun apa lagi....booking la urutan di Ayu Borneo. Saya tiba awal 15 minit. Ni tempat menunggu la ni.
Mulanya terapis akan basuh kaki kita dulu la kat sini.
Ni bilik urutan untuk kita bersedia.
Saya ambil urutan aromaterapi selama 90 minit dan ada juga letak batu panas masa sesi urutan tu. Kalau urutan aromaterapi ni memang ada minyak digunakan. Rasa-rasa macam ada masa terlena. 😅. Mana taknya lampu pun dimalapkan dan ada iringan muzik yang lembut. Lega urat-urat yang bersimpul ni.
Jadilah 90 minit untuk tidak memikirkan hal lain. Saya whatsapp Dania saya kat Ayu Borneo jadi plan la balik bila saya dah selesai kan.
Teh halia panas diberikan selepas sesi urutan. Segarnya.
Kalau booking online ni ada harga yang best la jadi baik la booking online. Malam urutan ni....saya dapat tidur dengan lena sangat. Alhamdulilah.
Lepas urutan, terus la ke MRT Kajang untuk tunggu anakanda balik pula.
XOXO,
Ezna





Syioknyaaa dah lama plak x manja kan diri ni.. Harus kena cari masa juga la lps nu
BalasPadamMemang syiok sampai ter zzzzz sekejap. Hehehe
Padamberapa rate massage kat ayu borneo ni ezz? i tak pernah lg try kat sini
BalasPadamYang I ambik ni sebab I bayar online dan booking (urutan aromaterapi 90 minit) jadi harganya RM119.20. Tambah RM12 untuk minyak aromaterapi pula. Kalau tak harganya mahal lagi kalau you terus walk in je. You booking online lagi jimat.
Padamalamak bestnya. nak ikut gi urut!!
BalasPadamYa memang best.....hehehe
PadamLama x pergi AB ni. Hari tu walked in, slot full la pulak. Sedapkan diorg urut, mmg rasa lega sangat badan selepas diurut
BalasPadamBooking pun kadang2 penuh PH....tapi kalau PH booking online jimat lagi dari walk in. Ada pemotongan harga. Memang sedap urutannya PH....boleh tertidur lagi. Hehehe
PadamBestnya klu dapat pergi urut ni. Last pergi urut masa kat Bandung bulan Jun lepas 😅
BalasPadamKalau kena urut ni, memang nak lena saja.. hihihi
BalasPadamBestnya lama tak massage. Mau tertidur ni kalau kena urut.
BalasPadamWaaah sambil menunggu Dania ya kak 😄👍.memang bagus urut.tp kalau saya, sebab tak tahan di massage, pasti tertawa geli, JD kalau menunggu anak, saya prefer ngopi lah 😄
BalasPadamBestnya dapat me-time mengurut kat Ayu Borneo Wellness! Pakej apa Ezna ambil hari tu? Terus rasa segar!
BalasPadamDapatlah juga mereka berjumpa. Mesti banyak story dan panjang lebar boraknya tu. Hebat mereka berdua ni dalam pelajaran. Teruskan kecemerlangan.
BalasPadamWahh syoklah dapat memanjakan diri. Of courselah rasa nak terlena kalau macam tu. Suasana spa tu menenangkan.
Nak kena pergi lagi massage ni ada sikit lagi urat degil hehe. Dua kali naik train melalui MRT Kajang, memang senang rasa.
BalasPadammacam booking hotel pulak, online harga lain walk-in harga lain. Lama juga ammi tak berurut ni. Kat Seremban macam kurang tempat menarik nak massage, nak urut di KL pastu naik public transport ke Sreemban karang ada pulak bau minyak urut tu
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.