Dania pergi jumpa kawan dia jadi saya slotkan me time untuk saya. Saya pilih Ayu Borneo. Banyak cawangannya dan saya booked online dan bayar pun online. Kena datang awal 15 minit dari masa yang kita pilih.
Ambik gambar dulu.
Kat sini ruang menunggu.
Ada kek dan minuman boleh dibuat sementara menunggu.
Sebelum masuk ke bilik, kaki kita akan dibasuh terlebih dahulu. Terapis akan sabun kaki kita dan akan bilas menggunakan air yang hangat. Segar je rasa kaki. Ada juga kadang terapis yang siap mengurut lagi masa basuh kaki kita tu.
Ni kat bilik mengurut. Saya pilih Aromatherapy Treatment untuk 90 minit. Harganya RM119.20 dan kena tambah RM12 untuk minyak aromaterapi. Minyaknya saya pilih rose. Bau dia wangi betul. Compare dengan kat Thai Odyssey, bau rose tapi eh eh mana bau rose nya? 😆
Dia akan urut bahagian belakang badan dulu kemudian tangan kanan dan kiri, diikuti pula dengan urut menggunakan batu panas. Sedap rasanya. Kemudian batu tu disusun atas belakang badan. Boleh rasa panas dari batu tu. Selepas itu, kaki kanan dan kaki kiri diurut. Saya suka betul urutan kat kaki. Bila dia urut tapak kaki ada bahagian perit juga kemudian tapak kaki pun ditekan-tekan. Kemudian urutan di bahagian hadapan pula dengan kedua tangan dan kedua kaki juga tengkuk. Lepas tu badan kita dan kedua tangan akan dilap dengan tuala yang hangat dan berbau wangi. Lepas tu masa duduk kemudian dia akan urut bahagian tengkuk dan akan regangkan badan kita.
Kalau pilih Thai Odyssey urutan aromaterapi ni tak ada batu panas ni. Kat Ayu Borneo ada. Tapi kan...tukang urut ni pada mulanya saya takut sebab badannya besar. Saya ingatkan tekanan nanti kuat la....tapi...tekanannya ok....boleh terdengar terapis sebelah kata pain is good. Haa kauuu good la...kalau tak tahan saya akan kata pain. Jangan pula kita nak tahan je kan.
Tips masa dia urut tu, kita kena lembutkan badan, jangan keraskan badan. Kena dalam keadaan yang relaks supaya otot kita tu tak melawan. Dah la keraskan badan kemudian tekanan dari urutan pun kuat jadi akan menyebabkan badan kita sakit la. Tapi bila tekanan dari urutan tu terlalu kuat...boleh la bagi tahu terapis kita supaya perlahankan sedikit tekanannya. Terapis Ayu Borneo ni sesekali akan tanya kita 'Are you ok Miss?'.
Selesai urutan, kita akan dihidangkan dengan air teh o halia. Memang segar sangat rasa pahit2 halia tu.
So far berpuas hati dengan Ayu Borneo ni. Harganya lagi murah sikit berbanding Thai Odyssey. Banyak juga cawangannya. Boleh booking online.
Sesekali bila minda dan badan perlukan rehat.
***Selamat bercuti kepada orang Selangor sempena sambutan jubli perak 25 tahun pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 26 Oktober 2026.
XOXO,
Ezna

Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.