Rezeki buah durian

Malam tadi tengah menonton Dendam Seorang Mertua, tiba-tiba hubby dapat call. Saya tanya kenapa? Hubby kata ada jemaah surau nak bagi durian. 

Hubby gigih bawak sampai atas buah duriannya sebab excited. Ada 4 biji semuanya. Buahnya pula jenis sederhana. Katanya kombinasi durian IOI, kampung dan D24. 


Belah buah durian pagi ni dan inilah hasil dari dua biji durian. Alhamdulilah. Rasanya lemak manis. Ada isi lembik dan ada isi pejal. Keduanya sedap rasanya. Alhamdulilah. 

Jemaah surau ni ramai warga tua jadi ramai juga yang ada kebun sendiri. Rezeki masing-masing kan? Kami ni hanya menumpang rezeki mereka. Alhamdulilah. Pernah juga jemaah yang sama jemput hubby ke kebunnya kutip durian. Kemudian diberinya secara percuma sahaja. Time tu rasanya macam 10 biji juga hubby bawa balik. 


Hari tu beli durian, kali ni dapat durian. 

You alls suka durian jenis apa?




XOXO,
Ezna

 

6 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Alhamdulillah..rezeki tu..Linda tak kisah, asal nama durian..hihi..tapi, suka yang rasa pahit² sikit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rezeki jangan ditolak. Kalau pahit2 tu Musang King.

      Padam
  2. Balasan
    1. Ye ke? Dulu anak pun tak makan durian. Sekarang dia makan sikit.

      Padam
  3. Wahhh..Alhamdulillah..Seronok ni sis.Sy suka durian kg & udang merah =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Udang merah sis suka. Kampung pun suka juga.....

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.