Masa ke Sepang ni baru lepas hujan. Nampak jalan basah lagi. Kami survey sebab nak tengok area parking dan drop off kat mana.
Masa pergi tu ada juga hubby tanya kat staff main entrance tentang parking motor tapi dia suruh ke Mitsui Outlet Park sebab ada booth untuk collect parking pass. Ada juga yang hubby tanya kat staff tu tak tau berbahasa inggeris. Hubby kata muka macam Pak Arab.
Kemudian, kami ada ke salah satu entrance dan tanya kat seorang staff. Bila tanya beliau bukan orang Malaysia tapi dari Bahrain. Lepas tu ada bas yang bawa Pak Arab. Staff tu tunjuk bas tu bawa orang Bahrain. Bahrain GP bawa staff mereka dari sana untuk jaga di Sepang ni sebab nama pun Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix. Tempat je mereka tumpang buat di Malaysia disebabkan pergolakan di tanah arab kan....excited pula tengok orang Bahrain ramai-ramai ni. Oh ya...staff ni pandai berbahasa inggeris.
Seminggu nak F1, orang mereka ramai berkampung di sini dah untuk persediaan tempat. Nasib baik la Pak Arab tu bagi je kami explore tempat ni sebab saya cakap saya nak survey tempat.
Ni kat area berdekatan dengan gate utama / main entrance.
Sepanjang perjalanan nak ke parking. Hmmmm jalan ni macam 1.5 lane je kecik je. Kalau dua arah mau jam ni. Tak sure hari kejadian macam mana. Mungkin 1 way je kot. Mungkin juga ni jalan shuttle juga.
Rumput sepanjang jalan pun dah pendek.
Ni lah tempat duduk Dania dan ayahnya di F Grandstand. Mungkin saya akan pergi dengan Dania masa qualifying nanti hari Sabtu. Tiket yang sama boleh guna juga cumanya hanya seorang untuk 1 hari. Contohnya kalau A pergi pagi, A juga kena pergi petang. Tak boleh B pergi petang. Penting untuk rakyat Malaysia tunjuk IC sebab kalau beli tiket bukan untuk rakyat Malaysia ni mahal lagi.
Jalan ni diletak batu untuk kurangkan lecak kalau hujan.
Dah ada dah signboard tepi jalan.
Masa ni lengang la. Tunggu la hari kejadian. Tapinya memang ramai la juga yang membersihkan kawasan dan beberapa job yang perlu dibereskan.
Bye SIC....see you this Saturday. Hari Sabtu ni memang ada juga jadual pemandu F1 yang Dania minat Charles Leclerc, keluar kat Fan Zone. Boleh tengok live lagi. Adik saya Eja pun ada pergi jadi minta saya meet dia kat Fan Zone sebab tempat kami lain2. Eja datang dengan anak-anak dan kawan anak.
Dari kejauhan.....terima kasih F1 Bahrain Grand Prix pilih Malaysia sebagai destinasi mengadakan perlumbaan berprestij ini. Merasa juga rakyat Malaysia menontonnya.
Harga parking pass untuk 3 hari di Sepang International Circuit. Kalau tak beli parking pass ni memang tak boleh pun masuk area Sepang International Circuit ni. Nak tak nak, kalau nak area sini kena beli parking pass. Kalau tidak, option lain boleh naik shuttle dari point yang ditetapkan seperti di Mitsui Outlet Park, Bandar Enstek etc...
Macam saya, Sabtu tu hubby drop off ajer, hari ahad ajer hubby undecided lagi samada nak bawa motor / kereta sebab memang nak tak nak yang tak ada parking pass kena parking di Mitsui atau tengok la macam mana. Harga parking pass pun tengok la...bukannya murah. Motor pun tak ada parking yang legal kat area SIC tu. Hanya yang illegal sahaja jadi kalau kena saman....nasib la ya.
Credit : Bahrain GP
PA1: RM816.73 (75.0 BHD)
P2 & P3: RM653.38 (60.0 BHD)
P4: RM490.04 (45.0 BHD)
P5 & P12: RM326.69 (30.0 BHD)
P6, P7, P8, P9, P14 & P17: RM245.02 (22.05 BHD)
P15: RM163.35 (15.0 BHD)
Dalam kurungan tu duit dalam Bahraini Dinar. Boleh nampak perbezaan yang ketara dalam duit mereka dengan Malaysia. Parking paling murah kat P15 yang cepat sold out. Tapi....jangan risau jika parking jauh pun sebab ada shuttle akan bawa kita turun kat gate kita.
***Saya survey ni masa 26 September 2026 (Sabtu seminggu sebelum F1).
XOXO,
Ezna

Wahhh...mesti Dania tak sabar tu dah nak pergi.
BalasPadamExcited sebenarnya....ummi dia je yang pergi Sabtu macam...hmmm....
Padamevent yg ditunggu2 oleh F! fans ni..good for our tourism jugak
BalasPadamYa you....masa I gi Mitsui pun ramai orang luar. Masa Dania kerja last day....dah boleh nampak ramai 'mat salleh' shopping kat IOI City Mall.
PadamTudiaaa... dia caj harga duit BHD walaupun tumpang buat kat Malaysia 🤠harga tiket nak tengok F1 mesti mahal jugak kan. Saya tak pernah lagi pergi tengok F1 live kat circuit walaupun dulu masa kerja staff ada dapat diskaun klu nak pergi tengok (tapi seat biasa2 je la). Saya membayangkan dgn panas teriknya, dgn bingit enjin kereta F1, berhimpit-himpit dgn ratusan orang lagi, tak sanggup rasanya 😅
BalasPadamYa Carneyz....dia tumpang kita je dan semua actually orang mereka yang handle. Pembelian tiket in Bahraini Dinar. Orang Malaysia dapat harga murah sikit (tapi bila convert duit Bahrain...tak murah pun...) cumanya our government fight untuk ada tiket yang murah untuk rakyat Malaysia boleh menonton. Masalahnya cepat sangat sold out. Tiket Madani tu berharga RM200 dan boleh tengok 3 hari berturut-turut. Actually sis ada pengalaman dapat tiket free dari papa sis....masa tu baru kenal dengan hubby (fasa perkenalan) dah ajak tengok perlumbaan F1 dengan bakal adik ipar dan ayah mertua. Huhuhu.
PadamSemangat terus je Fan F1 sekelian
BalasPadamAnak saya la bersemangat. Ummi dan ayahnya peneman je nanti.
PadamTak sabar pulak Sy nak dengar cerita Ezna pasal F1 nanti. Memang sesak sangatlah area sini nanti sbb F1 ni peminat seluruh dunia akan datang kan.
BalasPadamNasib baik la suami bagi laluan kat isterinya hari sabtu. Willing nak hantar pulak tu....lepas tu nanti lepak la mana2. Lepas tu siap cakap nak pergi ke Ahad...alamak....kalau cover 2 hari utk kita yang tak minat ni rasa hmmm tengah fikir nak pergi ke final nanti. Willing nak pergi Qualifying je.
PadamBest la dapat pengalaman tengok F1.
BalasPadamNanti dah pergi boleh cover citer F1 pulak.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.