Ke Nilai makan di Salomak Sampodeh

Ada salah satu weekend yang kami ke Nilai sebab nak makan kat sini. 
Ke mana? Salomak Sampodeh la. 


Pilih pilih nak makan apa. Kalau banyak sangat nak pilih, boleh masukkan dalam talam dan bawa semua sekali ke cashier. 


Lamb shank masak lemak. Pertama kali cuba ni. 


Perut masak air asam dan sambal kerang. 


Udang galah masak lemak cili api. 


Ambik telur dadar juga. 


Alhamdulilah untuk rezeki ini. Dalam banyak-banyak lauk ni, telur dadar yang cepat habis dulu. 


Lamb shank masak lemak dan pertama kali saya cuba, saya rasa saya tak suka ianya dimasak lemak. Kalau grill saya ok. Udang masak lemak cili api tu bagi saya, sedap. Saya suka rasanya. Tak pedas sangat la. Perut air asam tu saya dan hubby kata sedap tapi Dania tak makan pula. Sambal kerang tu boleh potong rasa lemak dari masak lemak cili api tu jadi kombinasi ni sedap dan kena la bagi saya. 

Dah pernah makan kat sini?. Ada blogger saya nampak pun pernah juga sampai sini. 

Salomak Sampodeh
Cempaka Mall, 1, Jalan BBN 6/2B, Taman, Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan




XOXO,
Ezna










 

8 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. unik dan kreatif sungguh nama restoran ni. dlm byk2 tu, i terliur perut lembu tu laaa

    BalasPadam
  2. Sy terliur dgn perut lembu tu...
    Ye pernah tengok bbrp org blogger share pasal kedai ni.

    BalasPadam
  3. Saya selalu makan kat sini bila balik jenguk rumah di Nilai atau ada urusan kerja suami di sekitar situ. Pemiliknya pasangan suami isteri jiran belakang rumah 😃

    Telur dadar tu antara menu kegemaran kami.

    BalasPadam
  4. Perut masak air asam dan sambal kerang tu sedapnya Ezna

    BalasPadam
  5. Udang galah masak lemak tu mngancam betul rupanya =D

    BalasPadam
  6. tu dia, ke negeri seberang cari makanan ye

    BalasPadam
  7. Ini dah ada dalam list kuliner saya kak, walau tak tahu kapan bisa makannya 😄😄. Agak jauh dr KL ya? Nantilah, harap2 pas Desember bisa sempatkan waktu kesana

    Kalau masakan masak lemak, saya memang sukaaa lah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.