Ada salah satu weekend yang kami ke Nilai sebab nak makan kat sini.
Ke mana? Salomak Sampodeh la.
Pilih pilih nak makan apa. Kalau banyak sangat nak pilih, boleh masukkan dalam talam dan bawa semua sekali ke cashier.
Lamb shank masak lemak. Pertama kali cuba ni.
Perut masak air asam dan sambal kerang.
Udang galah masak lemak cili api.
Ambik telur dadar juga.
Alhamdulilah untuk rezeki ini. Dalam banyak-banyak lauk ni, telur dadar yang cepat habis dulu.
Lamb shank masak lemak dan pertama kali saya cuba, saya rasa saya tak suka ianya dimasak lemak. Kalau grill saya ok. Udang masak lemak cili api tu bagi saya, sedap. Saya suka rasanya. Tak pedas sangat la. Perut air asam tu saya dan hubby kata sedap tapi Dania tak makan pula. Sambal kerang tu boleh potong rasa lemak dari masak lemak cili api tu jadi kombinasi ni sedap dan kena la bagi saya.
Dah pernah makan kat sini?. Ada blogger saya nampak pun pernah juga sampai sini.
Salomak Sampodeh
Cempaka Mall, 1, Jalan BBN 6/2B, Taman, Desa Cempaka, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
XOXO,
Ezna







unik dan kreatif sungguh nama restoran ni. dlm byk2 tu, i terliur perut lembu tu laaa
BalasPadammmg rare lamb shank masak lemak
BalasPadamSy terliur dgn perut lembu tu...
BalasPadamYe pernah tengok bbrp org blogger share pasal kedai ni.
Saya selalu makan kat sini bila balik jenguk rumah di Nilai atau ada urusan kerja suami di sekitar situ. Pemiliknya pasangan suami isteri jiran belakang rumah 😃
BalasPadamTelur dadar tu antara menu kegemaran kami.
Perut masak air asam dan sambal kerang tu sedapnya Ezna
BalasPadamUdang galah masak lemak tu mngancam betul rupanya =D
BalasPadamtu dia, ke negeri seberang cari makanan ye
BalasPadamIni dah ada dalam list kuliner saya kak, walau tak tahu kapan bisa makannya 😄😄. Agak jauh dr KL ya? Nantilah, harap2 pas Desember bisa sempatkan waktu kesana
BalasPadamKalau masakan masak lemak, saya memang sukaaa lah
Oo ni Sis pernah makan sekali sini, kebetulan tersesat di sana, cari tempat nak makan, jumpa kedai ni.. makanan banyak pilihan dan semuanya sedap..
BalasPadamCie suka la kedai ada pelbagai pilihan ni. Masak lemak sedapnya. Perut my fav.
BalasPadamKita suka lauk lemak² ni..nnt nak try juga la
BalasPadamOK OK, dah faham makna Salomak Sampodeh tu....
BalasPadamDah lama teringin nak makan kat Salomak Sampodeh sejak baca kat blog SA tapi belum rezeki lagi.
BalasPadamBerapakah jumlah harga hangus kat situ? Ni yang penting nak tau sangat, Murah ke? berpatutan atau kemahalan?
BalasPadamHi. Menarik blog! Boleh follow https://randomlymina.blogspot.com juga ya
BalasPadamPernah sekali makan kat sini..bawak PZ..sedapa tapi ada menu pedas sangat..kalau ke sini SA suka udang galah tu dengan siput sedut masak lomak cili api...
BalasPadamUdang tu kuah dia nampak pekat tu Kak Ezna...terliur tengok hihi
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.