Repeat lagi Ladang Rusa Dengkil dengan Dania

Kali ni kami repeat lagi ke Ladang Rusa Dengkil ni. Kali ni ada Dania sekali sebab masa pergi breakfast sebelum ni Dania ada event kat Aswara dengan kawan-kawan. 


Kari rusa tiba dulu. 


Kawasan sebelah ada bela angsa. Angsa ni garang kan?. 


Minuman pun tiba. Nescafe tarik, air kosong dan teh o suam. 


Roti kahwin hubby punya. Dia ingat sebelah lain, rupanya dua roti berbeza. Roti canai dan roti telur. 


Saya pilih roti telur bawang. 


Dania roti pisang. 


Sate rusa 5 cucuk. Makan panas-panas sedap. 


Nak duduk kat tong macam ni pun boleh ya. 


Aktiviti selepas breakfast mestilah bagi makan kambing dan rusa. 


Rusa keluarkan tengkuknya yang panjang. Bakul Dania bawa tu harganya RM5 satu bakul. Puas la nak menyuap rusa dan kambing ni. 


Dania cuba nak bagi makan anak rusa. Kesian kena tolak dengan rusa dewasa. 


Kambing pun nak jugak. 


Comel betul la kambing pygmy ni. 


Saya punya makanan takde ke?. 


Tengok dan mengikut je kalau bawa bakul makanan. 


Sebelum sampai jalan besar, kita cari rumah achik jual rambutan. Sebelum ni beli kat sini jugak. Rambutan hubby tunjuk tu rambutan seedless. Merah menyala warnanya. Rasanya masam manis. 


RM10 satu longgok ni. Kali ni kami beli rambutan takde biji pula tapi rasanya ada masam dan manis tak macam sebelum ni rambutan merah ada biji tu manis sangat. Ingat jambu batu, anggur, tembikai je ada yang seedless tapi rambutan pun ada. 


Kalau nak ke sini boleh je waze Ladang Rusa Dengkil. 




XOXO,
Ezna

 

10 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Menarik la satay rusa. Teringin nak try kari rusa jugak, cicah dengan roti canai 😄

    BalasPadam
  2. Seronoknya tengok Dania dapat bagi makan rusa dengan kambing pygmy tu! Comel betul la kambing pygmy tu, geram tengok dia mengikut je dari belakang sebab nampak bakul makanan. Aktiviti macam ni memang best bawa anak-anak, terhibur!nak- nak si Opick anak buah SA tu...dia memang cintkan haiwan...lalat pun di marah kalau bunuh

    BalasPadam
  3. kalau duduk kat tong tu, tak boleh beli makanan banyak2.. sempit meja nya.. hihihi

    BalasPadam
  4. Nice place. Tapi agak jauh dgn rumah sy =D

    BalasPadam
  5. Semoga saya akan tersesat ke sini satu hari nanti

    BalasPadam
  6. yg gambar angsa tu, mesti ketua taiko dia yg warna putih tu. hehehe

    BalasPadam
  7. Takut kena kejar dengan angsa. Comel je rusa2 tu berebut makan.

    BalasPadam
  8. teringin la nak gi sini :) i masukkan dlm wishlist jjcm dulu lahhh best sbb lps mkn boleh bg mkn rusa plak!! kari rusa tu nmpk sedap la ezz

    BalasPadam
  9. Wahh tak jauh ni boleh try, hubby suka sangat daging rusa.

    BalasPadam
  10. Alaaah tak tega lah kalau dah lihat mukanya 😅😅😅. Saya sukaaa daging rusa, tp kalau bisa jangan lihat muka mereka 😂.

    Bagusnya meja tong itu mereka kreasikan jadi meja 👍👍

    Eh ada juga rambutan tanpa biji yaa. Nah ini saya mungkin suka. Saya tak suka rambutan yg berbiji, Krn tak pandai makannya. Ntah kenapa kulit ari bijinya selalu terikut makan. Karena itu tak pernah mau makan rambutan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.