Tengahari makan kat Restoran Serai. Malam pun makan kat Restoran Serai dalam IOI City Mall. Nak jadi cerita pula. Kami nak makan ni mulanya kat Mokky's with Flaaah dalam shopping mall ni la tapi order banyak dan takut kami punya order lambat. Estimated 1 jam. Alahhhhh lambatnya.
Kami ke Sang Gerai pulak. Ada halal ya tapi Sang Gerai ni ada makanan yang tak ada. Banyak pulak yang tak ada...ok fine....hubby kata ke Serai la. Sang Gerai hujung belah sini....Serai hujung belah sana. Huiiii berpeluh dulu bila tiba kat sini. 😅
Dania makan fish & chips. Dania kata sedap.
Kami makan tepi kolam air terjun ni. View cantik.
Hubby pilih nasi ayam bakar. Presentation menarik. Ayam besar.
Ni pemanis mulut iaitu pisang goreng dengan ice cream dan maple syrup.
Saya punya Sar Har Ying Yong. Senget pulak gambar ni.
Close up lagi....udang ada 2 ekor. Dah siap-siap diletakkan sekali cili potong.
Sesekali makan kat Restoran Serai sampai 2 kali ya. Tengahari pun Restoran nama sama. Tapi....keduanya restoran yang berlainan. Harga kat Restoran Serai makan malam ni premium sikit. Sesekali ok ajer kan.
Tu lah pasal makan kat Restoran Serai sampai ada Part 1 & Part 2. Kebetulan nama restoran sama tapi hidangan berbeza.
XOXO,
Ezna







Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.