Kalau ke House of Kambing, kena la order daging kambing kan....
Ni semua minuman dan makanan yang kami pesan.
Ni kambing crispy. Sedap dan rasa macam KFC Hot & Spicy tu tapi tak sama sangat la. Ada rasa pedas-pedas. Bila terkena kat kerongkong boleh terbatuk ya. Tak nampak pula serbuk cilinya....didatangkan juga dengan fries.
Ni la hidangan yang saya selalu teringat-ingat tu. Katanya kambing bakar tapi....rasanya yang lebih tepat kambing masak kicap kot. Boleh rasa cili api tu dengan rempah-rempah. Kemudian ada rasa kicap tu tapi tak adalah rasa manis kicap tu sebab dah diperasakan dengan cili api dan rempah-rempah. Sesekali kalau teringin memang kami akan ke sini dan makan hidangan ni.
Set nasi ni memang ada sambal dan sayur kobis dan timun ni.
Ini pula pemanis mulut sagu gula melaka. Sedap juga. Tak manis sangat. Ada ice cream kat atas.
Dulu masa kami pergi ada unta. Masa ni hujan. Saya dan Dania ke belakang ni mencari unta. Rupanya unta ni berteduh di bawah bumbung. Tak keluar kat padang luas depan House of Kambing. Unta mana la kena hujan. Tempatnya kat padang pasir yang kering kontang tu kan. Datang ke sini siap berpayung ya sebab boleh tahan juga hujannya cuma tak nampak dalam gambar ni je.
House of Kambing ni kat MAEPS, Serdang. Ada cawangan juga di Bandar Baru Bangi. Kat Bandar Baru Bangi tu kecik sikit kedainya. Kat MAEPS ni luas sangat tu yang ada kambing dan unta tu. Hmmmm baru tahu ya daging kambing yang kita makan ni selalunya kambing biri-biri. Kambing biasa tu diternak untuk susu selalunya. Tahu sebab tengok youtube Qi Razali makan kat sini (House of Kambing) kalau tak silap la.
XOXO,
Ezna






Alahai...kita dah la peminat kambing..x pernah lagi makan kat sini..maeeps pun x pernah pergi
BalasPadamhah tk nmpk mcm kambing bakar..nmpk mcm kambing masak kicap
BalasPadamPernah 1x makan kat situ. Nanti nak repeat lagi.
BalasPadamSebagai peminat daging kambing, teringin pulak nak singgah kat sini 🤭 paling suka kari kambing. Tak pernah lagi try daging kambing masak kicap macam menarik pulak.
BalasPadamNampak sedap yang kambing bakar/kicap tu. Sy pun tak tau, tau makan je ;D
BalasPadamLokasi sesuai untuk mereka yang suka kan menu 'kambing' lepas dah makan ada mengembeek tak?
BalasPadamOhh menarik ni boleh try nanti
BalasPadamTertarik plak dengan kambing crispy tu haaa.. lain dr lainnn..
BalasPadamkambing crispy tu nmpk sedap! rare jugak sbb biasanya ayam jer yg goreng crispy gini
BalasPadamsedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa 😍😍😍
BalasPadamKalau di sini semua jenis kambing dimasak kak 🤭🤭. Yg biri2, yg bayi kambing di bawah 3 bulan, atau kambing yg dewasa 😁.
BalasPadamAiiih comel untanya... Iyalah, dia terbiasa di gurun, tiba2 banyak ketemu tumbuhan dan hujan pula 😅. Ntah2 agak culture shock unta ini yaa
Nampak kesian pulak unta tu huhu
BalasPadamPernah makan yg kat cawangan bangi, tapi lama sangat dah. Tak igt camne rasanya hehe
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.