Anak yang belajar di Universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan IPTS yang masih aktif meneruskan pengajian pada 31 Mac 2026 boleh tebus Baucar Buku Madani bernilai RM100.
Anak-anak dalam kategori ni dah tebus ke?. Dania dah. Ia bermula pada 15 Julai 2026. Dania tebus pada 17 Julai 2026 sebab katanya line menunggu lama sampai berjam-jam. Pada 17 Julai 2026 tu dah tenang sikit nak tebusnya. Kena tebus cepat2 ya takut lupa pulak.
Pergi la ke website My Siswa Place. Kena daftar dan siapkan password.
Credit : My Siswa Place
Dania dah tebus dah 2 buku untuk dibeli iaitu dari PTS Media dan Popular.
Credit : My Siswa Place
Buku lagi satu Strange Houses oleh Uketsu. Mungkin penulisnya orang Jepun. Ni kisah penyiasatan rumah yang mempunyai pelan lantai yang pelik dan ada kaitan dengan kehilangan beberapa individu. Nampak kisahnya pun macam penuh debaran.
Credit : My Siswa Place
Buku dari PTS, Dania pilih Anthem of the Rebellious Heart oleh Marisa Fendi. Kisah Alif yang kena ingat balik kisah lampau yang beliau lupa untuk memperbaiki kisahnya pada zaman terkini. Kisah apa?.
Credit : My Siswa Place
Kalau nak tebus ni hanya buku sahaja ya....kena top up untuk penghantaran. Macam Dania kena top up RM28.05. Kalau la boleh tebus untuk penghantaran juga lagi bagus kan?.
Anak-anak you alls dah tebus ke?. Bab macam ni Dania memang laju sebab dia memang in love dengan novel ni.
XOXO,
Ezna




Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.