Makan malam di Banafee Village

Makan kat sini sebab pemandu Grab suggest. Jadi....jom la kita ke Banafee Village. Naik Grab dari hotel RM9+ je. Bunyi nama Banafee ni ala ala Arab pula ya...



Cantik pulak kalau makan kat tempat ala dome ni. 


Ada yang menghantar otak-otak ke meja kami jadi saya memang suka la otak-otak ni. 


Dania makan wantan goreng. 


Saya dan hubby makan kuetiau goreng tapi......terlebih kicap la. Jadi macam masin pulak kuetiau ni. Saya makan sikit dan selebihnya tak habis. Hubby pun tak boleh nak menghabiskannya sebab hubby pun kata terlebih kicap. 


Tempat makan kat sini open air dengan tempat berbumbung dengan konsep banyak kedai makanan boleh pilih. Ada orang menyanyi juga kat sini. Boleh request menyanyi lagu Happy Birthday juga. 


Ok je makan kat sini cuma kuetiau tu not recommended la. Harga? Tak murah sangat....lepas ni order Grab untuk ke hotel. Pemandu Grab Cina ni berborak dengan hubby. Umur 56 tahun dan masih ada anak 18 tahun untuk disara masuk Universiti. Tu yang bekerja keras lagi. Masing-masing dengan komitmen masing-masing kan. Dia tu suruh teka umur berapa....saya nak teka 60an tapi saje la cakap umurnya 56 tahun. Eh...betul pulak. Pemandu ni nampak berumur sikit....

Bila tak ada kenderaan sendiri ni tak adalah panjang sangat langkahnya. Dah selesai kita balik je la hotel. 





XOXO,
Ezna

 

16 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. SA pun pernah makan kat sini...suami yang bawak makan kat sini..sekali ada Dania jugak..kalau nak tau ni perniagaan milik family Betty Banafee...pelakon dulu tu...menurut suami kalau weekend kadang2 boleh jumpa family diorang..Betty pun ada jugak turun lepak sini kalau ada kelapangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lerrr ada terfikir juga pasal Betty Banafee tu tapi ingatkan tak betul. Rupanya memang keluarga Betty punya ya....

      Padam
  2. Nampak sedap Kuetiaw tapi terlebih kicap ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terlebih kicap la Mulan dan saya tak lalu nak menghabiskannya. Ada termasin sikit.....

      Padam
  3. Cantik tempat ni, macam restoran mahal. Tapi konsep stall ye. Menarik 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...tempat saya duduk tu open air. Konsep stall jadi banyak pilihan. Dalam gambar tu sebab nampak belakang jadi nampak tempat ni macam kelas sikit tapi sebenarnya kalau nampak pandangan kat luar...tempatnya ok la macam biasa tapi harganya mungkin mahal sikit la.

      Padam
  4. Kedai Betty benafe tu heheh.. kita pernah g sekali je situ. Boleh la ;)

    BalasPadam
  5. Tempat macam ni otak-otak pun bukan harga biasa tu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Otak otak tu sekeping tu RM1.30. Selalu harga RM1 la atau murah sikit kan....

      Padam
  6. Eh ada lagi kedai ni. Lama sangat dah Cie pernah makan kat situ dulu. Artis punya kedai ni. Betty Benafe tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi. Ni pun sebab orang Grab bagitau. Idak tak sure la nak makan kat mana.

      Padam
  7. memang cantik la tempat yg bentuk dome tu..part masin/terlebih kicap, memang potong selera laa..i plak tak leh/tak suka mknn yg warna kicap dia gelap hahhah so kalau nasi goreng cthnya, i suka yg versi cerah mcm nasi goreng cina tu la ;)

    BalasPadam
  8. kiranya umur 56, anak dia 18..anak bongsu lah tu kan...errr sama mcm i tu jer ezz..bila i 56 nanti, my razeen baru 18 so bila i retired umur 58 nanti, my razeen baru 20 tahun ie masih kat uni laaa (sbb i gave birth to razeen masa i umur 38). so memang kena plan properly utk finance sbb dh tak de gaji bulanan masa tu dan my razeen memang masih perlukan duit dan full support la utk study

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.