Makan malam di Rimba by Loft | Pahang

Dari river cruise, kita nak menuju ke destinasi makan malam kami....di sepanjang jalan di Kuantan ni ada percikan lampu yang berwarna-warni. 

Mulanya lampu bertukar hijau....saya nak tunggu lampu bertukar warna kegemaran saya....


Lampu bertukar warna ungu.....yayyyyy.....


Dah tiba dah Kafe Rimba by Loft. 


Ni masa nak masuk kafe ni. Ada fairy light kat ruang nak masuk ke kafe. 


Nampak kayu untuk membakar diletakkan di luar. 


Rimba & loft ni ada hidangan BBQ & Grill.


Apa yang kami pesan?
Saya hanya nak makan mushroom soup dengan garlic bread je. Teringin nak makan yang ringan sahaja malam ni. 


Air pun minum air mineral dan hubby teh tarik. 


Hubby makan set daging salai dengan nasi. Rasa smokey tu tak ada sangat. Didatangkan juga dengan daun salad, timun dan ikan masin untuk melengkapkan hidangan. Dania kata speciality kat sini western....betul juga....😅


Dania makan Mac & Cheese. 


View di luar di mana masa ni hujan turun dengan lebat. Masa makan pun boleh dengar bunyi kilat sabung-menyabung. Seram jugak la kan bunyinya. Kuat sangat. 


Kat dalam kafe. 


So far, ok je makan kat sini dan harga tidak la murah sangat. Lepas ni kami pun balik la ke hotel kami. Hari pun hujan kan. 

Balik hotel, membersihkan diri, solat dan kemudian seperti biasa jam 9.30 malam mata saya pun dah kuyu dah. 

Jumpa lagi dunia....selamat malam....



XOXO,
Ezna






















 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.