Makan kat sini sebab pemandu Grab suggest. Jadi....jom la kita ke Banafee Village. Naik Grab dari hotel RM9+ je. Bunyi nama Banafee ni ala ala Arab pula ya...
Cantik pulak kalau makan kat tempat ala dome ni.
Ada yang menghantar otak-otak ke meja kami jadi saya memang suka la otak-otak ni.
Dania makan wantan goreng.
Saya dan hubby makan kuetiau goreng tapi......terlebih kicap la. Jadi macam masin pulak kuetiau ni. Saya makan sikit dan selebihnya tak habis. Hubby pun tak boleh nak menghabiskannya sebab hubby pun kata terlebih kicap.
Tempat makan kat sini open air dengan tempat berbumbung dengan konsep banyak kedai makanan boleh pilih. Ada orang menyanyi juga kat sini. Boleh request menyanyi lagu Happy Birthday juga.
Ok je makan kat sini cuma kuetiau tu not recommended la. Harga? Tak murah sangat....lepas ni order Grab untuk ke hotel. Pemandu Grab Cina ni berborak dengan hubby. Umur 56 tahun dan masih ada anak 18 tahun untuk disara masuk Universiti. Tu yang bekerja keras lagi. Masing-masing dengan komitmen masing-masing kan. Dia tu suruh teka umur berapa....saya nak teka 60an tapi saje la cakap umurnya 56 tahun. Eh...betul pulak. Pemandu ni nampak berumur sikit....
Bila tak ada kenderaan sendiri ni tak adalah panjang sangat langkahnya. Dah selesai kita balik je la hotel.
XOXO,
Ezna
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.