ETS JB Sentral - KL Sentral

Kami check out hotel 4.45 petang. Patut check out jam 12 tengahari tapi kami tambah masa late check out sampai kol 5 petang. Kena tambah lagi RM200. Ok la sebab boleh la solat dan mandi dulu kan. 

Dah check out terus la masuk Zenith Lifestyle tu dan naik 1 tingkat atas. Kena cross jalan masuk  Komtar JBCC. Memang attached dengan jalan berbumbung ke JB Sentral. Sangat senang la kan. Jadi memang akan nampak orang tarik beg dalam mall ni. Bila pergi je kat JB Sentral, ETS jam 5.30 ke KL Sentral dah boleh masuk. Just in time je kan. Kami tiba pun tak sampai jam 5 petang pun. Rupanya dah boleh masuk ETS pun. ETS dah tiba awal. 

Mulanya tersilap tempat duduk. Hubby patutnya duduk kat aisle (lorong) tapi eh kenapa ada orang ni duduk kat lorong tempat hubby?. Rupa-rupanya seats kami depan dia. Hehe. Patut la dia beriya duduk kat aisle tu...kami yang silap tempat. 😆. Siap-siap la letak beg kat atas dan beg saya pula saya simpan kat ruang simpanan di depan bilik staff ETS yang akan round ETS check tiket. Bilik staff ETS tu yang nampak pintu kat T9402. Depan bilik tu tempat simpanan beg. Boleh nampak la ada beg kat depan tu. 


Gambar kami. Baju saya yang corduroy tu baru beli je kat Good 2U dalam Komtar JBCC masa tunggu nak makan kat Lesong by Johara. Nak pakai kat luar sebab takut sejuk. ETS kami sampai malam kan...Saya terlupa bawa baju sejuk saya. Harganya RM19 kalau tak silap. Berbaloi la kan beli kat Good 2U tu. Saya pun ada beli tulle skirt juga. Pun harganya murah juga. 


Sempat lagi Dania nak belek IPad sebab keesokannya ada Test. Dah siap study sebelum pergi lagi jadi ni refresh la apa yang patut. 


Tiba kat KL Sentral dalam 9.20 malam dan kami terus menuju ke ERL pula. Dekat je pun kena jalan. Kebetulan ERL ada pula tak berjalan lagi. Masuk ERL dah lega dah. Tiba ke Putrajaya Sentral solat dulu kat surau Putrajaya Sentral. 

Lepas tu singgah Q Bistro makan situ dulu sebelum balik. Alhamdulilah selesai dah trip nak merasa naik ETS ke JB Sentral. 




XOXO,
Ezna

4 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. best jugak trip u jln2 naik ETS ni. convenient sgt sbb dekat dgn hotel tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya...Merlyn yang suggest hotel Amari ni you. I tanya dia...rupanya memang dekat sangat dengan JB Sentral tu. I ingat kena naik Grab rupanya boleh jalan kaki je sebab dalam 400 meter je JB Sentral - Hotel Amari. Pulak tu attached dengan shopping mall jadi sepanjang jalan tu sejuk je la kecuali dari Komtar JBCC kena cross jalan. Ini pun ada traffic light jadi memang selamat nak cross jalan besar. Kat sini kena masuk Zenith Lifestyle nak masuk hotel. Tapi bagi I dekat sangat. Alhamdulilah.

      Padam
  2. Belum merasa naik ETS.. kena plan juga jalan jalan hujung tahun ni nampaknya. Naik ETS ke KL.. pastu jalan jalan naik tren or grab aje. Sebab pengalaman suami drive sendiri ke KL tahun 2024, memang leceh sebab tak tahu jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni sebab nak merasa je ni MY. Tapi kalau nak beli tiket ETS ni kena cepat2. Kalau dah tahu tarikhnya kena terus beli sebabnya pada mulanya nak gi Ipoh. Fikir2 nak pergi tarikh apa....ETS Ipoh dah penuh dah. Tu cari ETS lain dan jumpa JB Sentral yang banyak seats lagi.

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.