Kula Cakes & Kuantan River Cruise | Pahang

Dari Kemaman tadi, kita terus menuju ke Kula Cakes, Kuantan pula. Parking pula kat area Street Art tu jadi ambil gambar burung ni. 


Ada kuda terkeluar dinding pula. 


Dah tiba Kula Cakes. 


Masa tengah beratur. 


Ni masa menunggu kat dalam ni. Sebelum nombor dipanggil. Depan saya ni dari Kulim, Kedah tu.


Allif yang peramah. Nama unik sebab hurul L ada 2 kat nama. 


Belah kanan pokok banyak ni tempat makan kat Kula Cakes ni. 


Dania pakai tema Strawberry Matcha. 


Ada beberapa tempat kat sini yang kita boleh ambik gambar. 


Tempat duduk ni belakangnya ada lukisan. 


Kawasan ni lapang dan diapit diantara dua bangunan. 


Ada lambang BeSS kat sini. Apa itu BeSS? Kalau BaSS semua tahu kan? 😅

Pensijilan Bersih,Selamat dan Sihat (BeSS) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Pengiktirafan “Bersih, Selamat dan Sihat” atau BeSS adalah satu pengiktirafan yang diberikan kepada pengusaha premis makanan bagi menggalakkan pengusaha premis makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan.


Ni lah rupa Mango Cheesecake. 


Kami order satu je Mango Cheesecake nak merasa, 2 air mineral dan 1 chocolate ice. 


Kat depan Kula Cakes ni Menara Kuantan 188. 


Mango Cheesecake dia sedap ya. Tak manis sangat dan balance dengan mango yang masam sedikit. 

Haaa dah pakai safety jacket ni nak ke mana ni?. Mulanya saya dan Dania berjalan nak ke jeti. Hubby ambil kereta dulu. Ingatkan dekat....rupanya macam jauh. So hubby pun patah balik ambik kami. 

Just in time nak naik bot menyusuri Sg. Kuantan. Last schedule jam 6 petang. Kami tiba di jeti 5.45 petang. Rupanya ada beberapa keluarga juga nak join river cruise ni. 


Ternampak ketam nipah yang ditangkap oleh pemilik bot. Jangan sesekali berani pegang sepitnya. Boleh terputus jari nanti. Eiiii takutnya. 


Dalam bot dah. 


Berlatarbelakang Menara Kuantan 188. 


Lagi gambar family. 


Di manakah Kuantan mendapat namanya?. 

Sebelum dikenali dengan nama Kuantan, ia dikenali dengan nama Teruntum iaitu sejenis tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di kawasan pesisir. Kuantan pula teori utama nama diberikan Kuantan kerana kedatangan pedagang dari Sumatera iaitu dari wilayah Kuantan Singingi di Kepulauan Riau lalu nama Kuantan diberikan sempena nama daerah asal mereka. Teori yang lain, Kuantan mendapat namanya dari orang Melayu yang menggunakan nama tempat Kampung Kuantan yang pernah wujud ketika zaman Tun Perak.  


Dibawa menyusuri Sg. Kuantan. Tangan kena sentiasa berada dalam bot kerana terdapatnya buaya di Sg. Kuantan ni. Katanya seekor berdekatan dengan jeti, 2 ekor bernama Manja dan Megat berdekatan dengan Menara Kuantan 188 dan seekor lagi kat sungai berdekatan dengan Kastam. 

Ada nampak kelibat buaya yang berdekatan dengan jeti kami naik ni. Dia timbul pula. Katanya jenis buaya tembaga. 

Ada juga tukang bercerita dalam bot cerita tentang Perjanjian Pawang Diraja Kadir dengan buaya di Sg Pahang. Kisahnya kerana seorang lelaki keturunan orang asli hampir diserang buaya. Pawang Kadir dipanggil untuk membantu dan menghukum buaya di tebing sungai. 

  • Syarat Buaya: Buaya dan seluruh keturunannya tidak dibenarkan mengganggu atau membaham manusia.
  • Syarat Manusia: Manusia tidak boleh mencederakan, menganiaya, atau membunuh buaya di negeri tersebut
Apa pun dah namanya haiwan liar dan buas jadi kena berhati-hatilah kan....
 

Tiba kat area bot nelayan bersusun. Ni dikatakan bot tradisional. Negeri mana pembuatannya dapat dilihat melalui cat yang dikenakan kat atas badan bot ni. 

Warna kuning - bot buatan Pahang. 
Warna hijau - bot buatan Terengganu. 


Kami lalu bawah jambatan dan ada orang memancing kat sini kat bawah kaki jambatan. Katanya ikan banyak kat kaki jambatan ni. 


Ada nampak 3 ekor memerang masuk sungai. Kata orang bot tu memerang ni susah juga nak jumpa jadi kami ni kategori bertuah. Terdapat juga spesis Helang Laut Putih yang setia pada pasangan. Dia akan kekal bersama sehingga mati. Selain itu juga ada spesis Helang Merah. 


Tiba kat jeti pun dah malam....


Lepas ni kami akan makan malam pula....




XOXO,
Ezna





1 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. pegi kuantan wajib la singgah kula cake...fav sgt mango cheese cake tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.