Tahukah anda yang pelajar Pergigian di Mahsa University ada menawarkan perkhidmatan pergigian?. Saya pun baru tahu. Sehari sebelum dah survey jalan ke Mahsa.
Appointment saya jam 10.30 pagi tapi terlewat sebab terlepas simpang kat jalan. Lewat la 15 minit. 😅
Student ni yang akan check gigi saya. Dania teman ummi sebab dia tak ada kelas hari ni. Lecturer suruh prepare presentation.
Sebaya ya keduanya.
Boleh ambik gambar kat sini. Saya dah minta izin. Seorang lagi pembantu Yue Han.
Lembut je bakal Dr Gigi ni. Saya dah bagitahu saya takut. 😅. Relax ya relax ya.
Yue Han dan Su Yao bergambar dengan Dania.
Mereka ni tengah klinikal ni jadi bayaran yang dikenakan sangat berpatutan. Check up saya ni RM20 sahaja. Scaling, tampalan dan cabutan gigi pun sama harganya. Gigi palsu atau bridge harganya tak silap RM100++. Murah la dari klinik swasta tapi kena komitmen jumpa beberapa kali la. Lagi cepat la dari Klinik Kesihatan tu. Jadi, bulan 10 nanti nak buat scaling dengan Yue Han. Tunggu dia dapat jadual klinikal nanti.
Rasanya ada juga perkhidmatan ni di mana-mana universiti yang ada program pergigian. Yang merawat kita ni pelajar. Harganya memang berpatutan la.
XOXO,
Ezna






Ha slalu g yg kt ukm hkl tu hehe mmg murah dan perpatutan la sbb student yg checkkan .. tp bagus la utk diorg punya pratikal juga kan. Nnt nak tgu anak member kat usm plak, kot² dia nak cari patient utk klinikal dia.. bole gak nktawarkan diri sdnri ni hahah
BalasPadamAh ah harga dia marhain lagi la sebab student. Kalau dah jadi Dr gigi memang up la harganya kan. Tapi walau student, ada lecturer juga pantau kan....tapi banyak ditanya tu. Nanti kita ni jadi contoh dalam klinikal dia la. Hehe
PadamDekat sini ada Aimst University buat perkhidmatan mcm ni...tapi tu la nak pergi x sempat..klinik kerajaan mmg susah nak dapat appointment...
BalasPadamHaaa ada juga ya. Alternatif juga untuk yang susah dapat appointment kat Klinik Kesihatan Kerajaan tu kan.....Kena cari universiti yang ada tawarkan program pergigian. Mungkin yang tu ada la macam AIMST dan Mahsa ni. UKM pun mungkin ada juga.
PadamBagusnya ada servis macam ni dekat Mahsa University! Harga RM20 untuk check-up dan scaling memang tersangatlah murah dan berbaloi kalau nak banding dengan klinik swasta. Sesuai sangat untuk sesiapa yang tengah cari alternatif bajet selain daripada tunggu giliran lama dekat Klinik Kesihatan...
BalasPadamHarganya ok sangat la SA. Huihhh giliran kat Klinik Kesihatan tu lama. Susah tembus pun ye jugak.
PadamAlhamdulillah. Berjaya dia check gigi sis dgn baik walaupun masih student.
BalasPadamAwal2 lagi sis dah warning. Aunty penakut ya. Haha
PadamZaman2 dulu kolej MAHSA ada agreement dengan gov so dorg boleh buat intern kat hosp. Sekarang takde nampak dah.
BalasPadamSaya pernah ke Klinik Kesihatan lepas tu tanya Dr dari mana.....beliau dari Mahsa. Tahun lepas kot masa buat scaling.
Padamkat universiti malaya pun ada jugak rawatan pergigian ni. harga murah.
BalasPadamkalaulah UKM pun ada jugak, tkdelah susah2 beratur pergi KK atau bayar mahal kat klinik swasta
Mesti UM ada program ni kan.....kt KK lagi murah tapi nak dpt slot berchenta la ya Mazni.....sini pun affordable juga.
PadamWah bagus sangat ni. Caj rawatan affordable sangat. Bagus kita support diorg juga kan, diorang lah akan jadi pelapis kpd dentist sedia ada
BalasPadamYa....nasib baik walau student elok je dia check tapi banyak soalan kena jawab tu PH.
PadamOo bagusnya ada perkhidmatan camni.. senang budak U nak bt oemeriksaan.. Sis baru jerr gi cuci gigi kelmarin, adusss punya takut masuk bilik doktor gigi hahahaha
BalasPadamHahahaha bukan sis je ya....saya pun takut. Ya ampun......macam nak nangis rasanya.
PadamMenarik! Macamana nak buat appointment di Mahsa University ni sis Ezna?
BalasPadamCarneyz.......Appointments: Call 03-5102 2336 (weekdays only) or WhatsApp +6010-785 5468
PadamTerima kasih sis Ezna. Saya simpan siap2 2 nombor ni 😃
Padammemang service ni ada kat semua uni yg offer dentistry. best dan berbaloi2 la rege tu!
BalasPadamUIA ada dentistry. I remember sebab ada kawan Dania ambik dentistry UIA. Berapalah harganya kat situ ya Suzz?
PadamOh ada service dari student ya. Thanks for sharing Ezna.
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.