Dental check up di Mahsa University dengan pelajar pergigian

Tahukah anda yang pelajar Pergigian di Mahsa University ada menawarkan perkhidmatan pergigian?. Saya pun baru tahu. Sehari sebelum dah survey jalan ke Mahsa. 

Appointment saya jam 10.30 pagi tapi terlewat sebab terlepas simpang kat jalan. Lewat la 15 minit. 😅


Student ni yang akan check gigi saya. Dania teman ummi sebab dia tak ada kelas hari ni. Lecturer suruh prepare presentation.


Sebaya ya keduanya. 


Boleh ambik gambar kat sini. Saya dah minta izin. Seorang lagi pembantu Yue Han. 


Lembut je bakal Dr Gigi ni. Saya dah bagitahu saya takut. 😅. Relax ya relax ya. 


Yue Han dan Su Yao bergambar dengan Dania. 


Mereka ni tengah klinikal ni jadi bayaran yang dikenakan sangat berpatutan. Check up saya ni RM20 sahaja. Scaling, tampalan dan cabutan gigi pun sama harganya. Gigi palsu atau bridge harganya tak silap RM100++. Murah la dari klinik swasta tapi kena komitmen jumpa beberapa kali la. Lagi cepat la dari Klinik Kesihatan tu. Jadi, bulan 10 nanti nak buat scaling dengan Yue Han. Tunggu dia dapat jadual klinikal nanti.

Rasanya ada juga perkhidmatan ni di mana-mana universiti yang ada program pergigian. Yang merawat kita ni pelajar. Harganya memang berpatutan la. 





XOXO,
Ezna


 

8 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Ha slalu g yg kt ukm hkl tu hehe mmg murah dan perpatutan la sbb student yg checkkan .. tp bagus la utk diorg punya pratikal juga kan. Nnt nak tgu anak member kat usm plak, kot² dia nak cari patient utk klinikal dia.. bole gak nktawarkan diri sdnri ni hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ah ah harga dia marhain lagi la sebab student. Kalau dah jadi Dr gigi memang up la harganya kan. Tapi walau student, ada lecturer juga pantau kan....tapi banyak ditanya tu. Nanti kita ni jadi contoh dalam klinikal dia la. Hehe

      Padam
  2. Dekat sini ada Aimst University buat perkhidmatan mcm ni...tapi tu la nak pergi x sempat..klinik kerajaan mmg susah nak dapat appointment...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa ada juga ya. Alternatif juga untuk yang susah dapat appointment kat Klinik Kesihatan Kerajaan tu kan.....Kena cari universiti yang ada tawarkan program pergigian. Mungkin yang tu ada la macam AIMST dan Mahsa ni. UKM pun mungkin ada juga.

      Padam
  3. Bagusnya ada servis macam ni dekat Mahsa University! Harga RM20 untuk check-up dan scaling memang tersangatlah murah dan berbaloi kalau nak banding dengan klinik swasta. Sesuai sangat untuk sesiapa yang tengah cari alternatif bajet selain daripada tunggu giliran lama dekat Klinik Kesihatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harganya ok sangat la SA. Huihhh giliran kat Klinik Kesihatan tu lama. Susah tembus pun ye jugak.

      Padam
  4. Alhamdulillah. Berjaya dia check gigi sis dgn baik walaupun masih student.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awal2 lagi sis dah warning. Aunty penakut ya. Haha

      Padam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.