Actually kami nak ke KL Sentral nak survey something la. Sebelum ke sana, makan dulu la kat Bidadari Turun Malam.
Mulanya nak makan pancake tapi pancake tak ada....jadinya saya dan Dania makan english breakfast dan....Uishhhh besarnya portion ni. Banyak juga saya pass ke hubby. Hehehe. Bukan saya je pass...Dania pun....kesian hubby....takpe lelaki makan banyak sebab perlukan tenaga yang lebih kan...
Hubby makan nasi dagang tapi dari Grannies. Pun ada kat Bidadari Turun Malam.
Ni dah kat Nu Sentral. Singgah beli fragrance mist Disney. Sukanya bau Tiana. Ada Aurora, Snow White, Rapunzel etc...ada promo macam mist ni harga RM33 je satu. Idak...mahal lagi.
Singgah solat Masjid TNB kat Bangsar. Nampak Carneyz pun ada solat Aidiladha kat sini. Besar masjidnya tapi tempat solat wanita tinggi lagi. Haha...kena naik tangga la....mengah ohhh tapi ok je. Kalau naik lif pun ok jugak.
Alang-alang dah kat Bangsar jadi hubby google tempat makan....Nasi Campur Pagi Malam...
Ramai orang tapi nasib baik ada rezeki kami kat meja depan ni.
Menu wajib cuba.
Kami ambik udang galah seekor, masak tempoyak ikan patin dan ayam masak kicap.
Ini kedai masakan nogori agaknya ni....
Nak balik dah kami singgah beli lemang pula kat Lemang Paneh Nogori, Sg. Merab. Ada lagi baki daging masak Pah yang saya masak nak makan dengan lemang. Hubby la suka daging saya masak tu makan dengan lemang.
Tiba rumah penat je dari pagi keluar rumah...eh eh diam tak diam dah 1 Jun 2026 dah hari ni. Dah masuk pertengahan tahun dah ya. Kejap je kan?.
XOXO,
Ezna











byk aktiviti dan lokasi tu...english bfast tu mmg sesuai la sharing..big portion...cantik masjid TNB
BalasPadamhari ni dh 2 jun...time flies sgt!! best tu u kuar mkn2 yer dan ronda2 jugak!! i tak de gi mana2 extended weekend ni, sbb razeen masih dlm proses recovery, memang takes time sgt
BalasPadamUnik nama kedai makan, Bidadari Turun Malam. Big breakfast nampak sedap.
BalasPadamCepat masa berlalu kan.
BalasPadamUnik betul nama kedai Bidadari Turun Malam tu! Tapi tengok portion english breakfast Ezna dengan Dania, memang betul-betul 'big' portion tu. Memang patut pun kena pass dekat hubby, hehe. Menu nasi campur kat Bangsar tu pun nampak menyelerakan sangat, untung ada rezeki meja kosong walaupun ramai orang...Kejap betul masa berlalu kan, sedar tak sedar dah masuk bulan Jun..x sabar tunggu my bday Sabtu nanti...
BalasPadamWah..menarik kan tempat ni..ada lemang ..pasti nak beli..
BalasPadamNama tu hebat..ada daya tarikan..bidadarinya kaum hawa yang datang tu...hehehe gurau ja ya..
BalasPadamSemoga ada rezeki nak pergi Bidadari Turun Malam ini satu hari nanti.
BalasPadamBila keluar rumah xtvt makan² mesti ada...
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.