Actually kami nak ke KL Sentral nak survey something la. Sebelum ke sana, makan dulu la kat Bidadari Turun Malam.
Mulanya nak makan pancake tapi pancake tak ada....jadinya saya dan Dania makan english breakfast dan....Uishhhh besarnya portion ni. Banyak juga saya pass ke hubby. Hehehe. Bukan saya je pass...Dania pun....kesian hubby....takpe lelaki makan banyak sebab perlukan tenaga yang lebih kan...
Hubby makan nasi dagang tapi dari Grannies. Pun ada kat Bidadari Turun Malam.
Ni dah kat Nu Sentral. Singgah beli fragrance mist Disney. Sukanya bau Tiana. Ada Aurora, Snow White, Rapunzel etc...ada promo macam mist ni harga RM33 je satu. Idak...mahal lagi.
Singgah solat Masjid TNB kat Bangsar. Nampak Carneyz pun ada solat Aidiladha kat sini. Besar masjidnya tapi tempat solat wanita tinggi lagi. Haha...kena naik tangga la....mengah ohhh tapi ok je. Kalau naik lif pun ok jugak.
Alang-alang dah kat Bangsar jadi hubby google tempat makan....Nasi Campur Pagi Malam...
Ramai orang tapi nasib baik ada rezeki kami kat meja depan ni.
Menu wajib cuba.
Kami ambik udang galah seekor, masak tempoyak ikan patin dan ayam masak kicap.
Ini kedai masakan nogori agaknya ni....
Nak balik dah kami singgah beli lemang pula kat Lemang Paneh Nogori, Sg. Merab. Ada lagi baki daging masak Pah yang saya masak nak makan dengan lemang. Hubby la suka daging saya masak tu makan dengan lemang.
Tiba rumah penat je dari pagi keluar rumah...eh eh diam tak diam dah 1 Jun 2026 dah hari ni. Dah masuk pertengahan tahun dah ya. Kejap je kan?.
XOXO,
Ezna











Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.