Resipi suhun goreng

Beria la mencari suhun. Bila dah nampak depan mata terus la beli. Pernah tak you alls goreng suhun?. Selalunya saya letak dalam sup sayur sahaja. Kali ni saya nak buat suhun goreng.  

Resipi :

1. Suhun dicelur sehingga lembut
2. Bawang putih sedikit
3. Bawang merah sedikit
4. Bawang besar sedikit
5. Pes cili
6. Ayam yang dipotong kecil tapi saya masukkan sekali dengan tulang sebab nak ratah nanti. Ikut la nak masukkan isi apa pun
7. Sos cili
8. Kicap
9. Telur
10. Taburan daun bawang
11. Lobak merah 
12. Garam secukup rasa

Caranya : 

Tumis bawang putih, merah dan bawang besar sehingga naik bau kemudian masuk pes cili. Tambahkan air sikit. Masukkan ayam, lobak merah dan telur. Barulah masukkan kicap dan sos cili. Last sekali masukkan suhun. Kacau sehingga sebati dan dah siap.....taburkan daun bawang atasnya. 

Ala....macam goreng bihun je pun caranya....


Bila makan dia lebih liat sikit teksturnya dari bihun. Bagi saya sedap juga suhun goreng ni. Suhun pulak susah nak putus. Kalau dalam Bahasa Inggeis ianya dipanggil Glass Noodle kan?. 


Siapa yang pernah buat?




XOXO,
Ezna

 

14 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Nampak sedap tu..
    Tak pernah cuba

    BalasPadam
  2. selalu tgk dlm menu korea, glass noodle. sungguh menyelerakan melihatnya.

    BalasPadam
  3. Dulu waktu anak-anak masih kecil selalu buat suhun goreng Chinese Style, belajar dari kakak ipar yang bersuami Cina.

    BalasPadam
  4. Pernah!! Dia macam pad thai hehe sedap nya makan panas²

    BalasPadam
  5. pernah google suhun dan glass noodle tak sama. cie selalu buat kerabu suhun. goreng pernah la jugak.

    BalasPadam
  6. Belum pernah buat/makan, tapi nampak sedap tu 😋

    BalasPadam
  7. i tak pernah buat..tapi pernah la order kat foodcourt :) ezz...i'm backkkk

    BalasPadam
  8. Bihun dan soun, saya LBH suka soun. Sebab lebih chewy . Selera saja memang. Dan biasanya pun saya masak di goreng macam ini juga kak

    BalasPadam
  9. pernah buat.. hari tu lagi la, jumpa suhun dah siap celur.paket macam kuetiau, memang amik lah

    BalasPadam
  10. Nampak menyelerakan betul suhun goreng Ezna ni! Selalu SA pun letak dalam sup atau buat kerabu je, tak pernah terfikir nak goreng macam bihun. Kreatif juga masukkan ayam sekali dengan tulang tu, memang syok ratah. Boleh cuba nanti..

    BalasPadam
  11. Tak pernah buat, tapi pernah makan...cuma sebab dah lama sangat, dah tak ingat dah teksture dia macamana...

    BalasPadam
  12. Terima kasih atas perkongsian menunya

    BalasPadam
  13. Tak pernah masak tapi pernah makan kat kedai je.

    BalasPadam
  14. Suhun ni selalu buat jenis berkuah je

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.