Beria la mencari suhun. Bila dah nampak depan mata terus la beli. Pernah tak you alls goreng suhun?. Selalunya saya letak dalam sup sayur sahaja. Kali ni saya nak buat suhun goreng.
Resipi :
1. Suhun dicelur sehingga lembut
2. Bawang putih sedikit
3. Bawang merah sedikit
4. Bawang besar sedikit
5. Pes cili
6. Ayam yang dipotong kecil tapi saya masukkan sekali dengan tulang sebab nak ratah nanti. Ikut la nak masukkan isi apa pun
7. Sos cili
8. Kicap
9. Telur
10. Taburan daun bawang
11. Lobak merah
12. Garam secukup rasa
Caranya :
Tumis bawang putih, merah dan bawang besar sehingga naik bau kemudian masuk pes cili. Tambahkan air sikit. Masukkan ayam, lobak merah dan telur. Barulah masukkan kicap dan sos cili. Last sekali masukkan suhun. Kacau sehingga sebati dan dah siap.....taburkan daun bawang atasnya.
Ala....macam goreng bihun je pun caranya....
Bila makan dia lebih liat sikit teksturnya dari bihun. Bagi saya sedap juga suhun goreng ni. Suhun pulak susah nak putus. Kalau dalam Bahasa Inggeis ianya dipanggil Glass Noodle kan?.
Siapa yang pernah buat?
XOXO,
Ezna


Nampak sedap tu..
BalasPadamTak pernah cuba
selalu tgk dlm menu korea, glass noodle. sungguh menyelerakan melihatnya.
BalasPadamDulu waktu anak-anak masih kecil selalu buat suhun goreng Chinese Style, belajar dari kakak ipar yang bersuami Cina.
BalasPadamPernah!! Dia macam pad thai hehe sedap nya makan panas²
BalasPadampernah google suhun dan glass noodle tak sama. cie selalu buat kerabu suhun. goreng pernah la jugak.
BalasPadamBelum pernah buat/makan, tapi nampak sedap tu 😋
BalasPadami tak pernah buat..tapi pernah la order kat foodcourt :) ezz...i'm backkkk
BalasPadamBihun dan soun, saya LBH suka soun. Sebab lebih chewy . Selera saja memang. Dan biasanya pun saya masak di goreng macam ini juga kak
BalasPadampernah buat.. hari tu lagi la, jumpa suhun dah siap celur.paket macam kuetiau, memang amik lah
BalasPadamNampak menyelerakan betul suhun goreng Ezna ni! Selalu SA pun letak dalam sup atau buat kerabu je, tak pernah terfikir nak goreng macam bihun. Kreatif juga masukkan ayam sekali dengan tulang tu, memang syok ratah. Boleh cuba nanti..
BalasPadamTak pernah buat, tapi pernah makan...cuma sebab dah lama sangat, dah tak ingat dah teksture dia macamana...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian menunya
BalasPadamTak pernah masak tapi pernah makan kat kedai je.
BalasPadamSuhun ni selalu buat jenis berkuah je
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.