Balik je dari Empangan Timah Tasoh, lalu jalan MRSM Beseri ni. Kita singgah sekejap sebab.....
Ehem....ex MRSM Beseri nak tumpang bergambar la kat sekolah lama.
Snap banyak jugak gambar. Tak apalah kasi chance la kan. Hubby bersekolah kat sini dari Form 4 - Form 5 kemudian ada whatsapp group Beseri Bro Forever 😅 (Bro only ya...). Ada Dr perubatan, jurutera, pilot dan macam-macam profesion. Tapi....hubby membaca je tapi tak aktif nak jumpa jumpa ni.
Hubby kata nak masuk sini, ada cikgu Sek Men lama yang tolong apply. Alumni MRSM seluruh Malaysia dipanggil Ansara.
Luas MRSM Beseri ni. Ada asrama yang berdekatan dengan bukit. Errr area sini hubby kata ada hant* Jepun. Zaman hubby sekolah dulu dulu la. Mungkin sekarang ni hant* tu dah balik Jepun. 😁
Dari MRSM Beseri tu kami nak ke Ladang Kenaf. Kali ni kami masuk sampai ke tasik sebab kat sini ada....buaian. Masa kami pergi sebelum ni tak sampai la sehingga ke buaian ni.
Ni posing pinjam bahu hubby atau posing gedik. Hehe.
Buaian ni mengadap tasik kat sini.
Boleh ambik gambar mengadap tasik macam ni. Belah kanan dan kiri ada bunga warna ungu dan kuning. Tambah berseri gambar ni.
Kalau datang ke Ladang Kenaf ni...jangan lupa ke depan lagi sehingga jumpa tasik ya....kat sinilah terletaknya buaian yang mengadap tasik yang boleh jadi port mengambil gambar.
Nak ambil gambar berdepan pun cantik jugak.
Ni tasik bersebelahan.
Kita ambik gambar anak la senang...sebab yang snap gambar ni saya. Puas hati.
Cuaca cerah dengan latar belakang hijau boleh membuatkan gambar ni cerah kerana pencahayaan yang cukup. Subjek tu kena pandai posing.
Kawasan berpasir kat depan tu cantik sangat.
Ada tangga juga disediakan di sini.
Kemudian kami ke bahagian hadapan pula kat kawasan pokok Kenaf ditanam. Masa kami pergi bulan Mac tu rendah sikit pokok Kenaf ni. Kali ni nampak macam dah tinggi sikit.
Close up Kenaf yang mekar berseri berwarna putih.
Saya pun tak lepaskan peluang posing kat sini. Belakang tu Bukit Chabang. Nanti kami akan ke sana....
Ada bunga seri pagi yang melilit pokok Kenaf.
Dari sini....kami akan ke satu lagi destinasi.....stay tune....
Bergambar di buaian Ladang Kenaf ✅
XOXO,
Ezna
Alhamdulillah sempat ke sekolah lama
BalasPadamBaru perasan sis Ezna pakai baju sama dgn Dania, warna je lain2. Tenang dan damai je suasana dekat ladang kenaf tu.
BalasPadamSchoolmate PH dulu ada juga masuk f4 sini, tapi dah lupa namanya adoi 🫣
BalasPadamCantik bunga kenaf, akan² bunga bendi
cantik baju Dania dengan Akak tu...mcm patern kebaya je.. nak cari juga la.. hihihi...
BalasPadamadoi, subjek kena pandai posing tu, memang bukan linda la...hihihi
Kisah hantu Jepun kat mana² asrama mesti ada😆
BalasPadamPasti diturunkan dari mulut ke mulut hehe
ooo Hubby Ezna Ex MRSM Beseri...bunga Kenaf tu dah macam bunga Bendi la...seronok trip mengimbau kenangan zaman persekolahan...
BalasPadamWah.. sy dulu mrsm kuching. Cantik bunga tu.
BalasPadamBak kata omputeh.... Tempat jatuh lagi dikenang kan?
BalasPadampasti banyak kenangan manis suami Ezna ketika kembali ke sini kan :)
BalasPadam🤣🤣 zaman sek mmg x lekang dgn cerita seram. baik yg ddk asrama atau pun sek biasa...
BalasPadamkiranya dpt result SRP/PMR gempak laa ni dpt msk mrsm ya?
Saya baru dengar nama bunga Kenaf. Cantik juga bentuknya.
BalasPadam😄 Gelak baca hantu Jepun 😂. Kira dah pencen lah dia yaa, jadi balik ke Jepun 🤭.
Memang hrs pandai posing kalah nak kesini. Saya memang bingung lah nak posing macam mana 😅
Cantik view depan buaian tu...tapi memang takde orang ke kat situ Kak Ezna...?
BalasPadamcantiknya view dari buaian tu. nampak bukit chabang
BalasPadamcute la bunga kenaf tu. gmbr posing2 kat buai tu cun sgt!!
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiannya
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.