Mac & Cheese cara Aunty Ezna

Masa ke field trip tempat sembelihan ladang babi tu kan saya ada sediakan Mac & Cheese untuk kawan-kawan Dania....alhamdulilah....siap ada yang mintak resipi lagi Mac & Cheese Aunty Ezna. Bahagianya....


Mac & Cheese ni ada macam-macam versi kan....ada letak brokoli, ada tak letak susu....ok ni saya kongsikan Mac & Cheese cara saya. 

Resipi Mac & Cheese 

1. Makaroni direbus dan letak minyak sikit dan garam. (Makaroni 1 pek 400g)
2. Bawang putih dicincang halus
3. Bawang besar dicincang halus
4. Serbuk lada sulah (ada yang letak lada hitam)
5. Mentega pek kecil SCS
6. Susu full cream Dutch Lady
7. Tepung gandum sedikit
8. Serbuk bawang putih (Optional tapi saya letak)
9. Garam secukup rasa
10. 4 Kepingan cheese 
11. Ayam dicincang (Kali ni saya asingkan tulangnya. Nak isinya sahaja)
12. Cendawan butang warna hitam

Masukkan sedikit minyak dan mentega pek kecil SCS 6 pek. Kemudian masukkan tepung gandum yang telah dibancuh dengan sedikit air sebab nak bagi tekstur pekat. Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Kacau2 sebab tak nak bagi bergumpal. Lepas tu masukkan susu sedikit demi sedikit. Kalau banyak sangat takut Mac & Cheese berair sangat. Lepas tu masukkan ayam dan kepingan cheese. Biarkan sampai ayam dah empuk. Masukkan serbuk bawang putih, lada putih dan garam. Masa ni silalah rasa sebab nak bagi seimbang rasanya. Lepas tu masukkan cendawan butang dan biarkan sebentar dan akhirnya barulah campurkan makaroni yang telah dicelur. Gaul semua sehingga sebati. Dah siap....

Simple je pun cara saya...nak sedap kita orang Malaysia kena letak sos cili bila nak makan tu....




XOXO,
Ezna

9 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. terbaek lah ezz!!! waaaa esok ur bdayyyy u gi staycation mana2 ker/celebrate kat mana2 tuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada staycation pun you. Gi makan je....sebab birthday I hari ahad....isnin pulak dah kerja pulak hubby/Dania ada kelas.

      Padam
  2. Ok, saya masih ada macaroni. Nanti nak buat juga 😍😍😍. Ini saya dan anak sulung yg suka kak. Kalau anak bungsu LBH suka pasta yg pedas macam oglio Olio tuna

    BalasPadam
  3. thanks share recipe. suka sgt dgn mac and cheese!

    BalasPadam
  4. Wahhhh sedap ni.Nnt bleh try =D

    BalasPadam
  5. Cie pun selalu masak yang gini jugak letak cheese banyak2 memang sedap.

    BalasPadam
  6. Terima kasih atas perkongsian resepinya.

    BalasPadam
  7. murah rezeki ezna belanja dan masak utk anak-anak....sedapnya mac anad cheese

    BalasPadam
  8. Elok bersalut cheese/gravy dia Kak Ezna..kalau saya buat nih tah apalah yang jadi...
    Saya ni takde bakat betul kalau buat makanan macam ni....mesti tah apa-apa jadinya haha...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.