Kalau ke House of Kambing, kena la order daging kambing kan....
Ni semua minuman dan makanan yang kami pesan.
Ni kambing crispy. Sedap dan rasa macam KFC Hot & Spicy tu tapi tak sama sangat la. Ada rasa pedas-pedas. Bila terkena kat kerongkong boleh terbatuk ya. Tak nampak pula serbuk cilinya....didatangkan juga dengan fries.
Ni la hidangan yang saya selalu teringat-ingat tu. Katanya kambing bakar tapi....rasanya yang lebih tepat kambing masak kicap kot. Boleh rasa cili api tu dengan rempah-rempah. Kemudian ada rasa kicap tu tapi tak adalah rasa manis kicap tu sebab dah diperasakan dengan cili api dan rempah-rempah. Sesekali kalau teringin memang kami akan ke sini dan makan hidangan ni.
Set nasi ni memang ada sambal dan sayur kobis dan timun ni.
Ini pula pemanis mulut sagu gula melaka. Sedap juga. Tak manis sangat. Ada ice cream kat atas.
Dulu masa kami pergi ada unta. Masa ni hujan. Saya dan Dania ke belakang ni mencari unta. Rupanya unta ni berteduh di bawah bumbung. Tak keluar kat padang luas depan House of Kambing. Unta mana la kena hujan. Tempatnya kat padang pasir yang kering kontang tu kan. Datang ke sini siap berpayung ya sebab boleh tahan juga hujannya cuma tak nampak dalam gambar ni je.
House of Kambing ni kat MAEPS, Serdang. Ada cawangan juga di Bandar Baru Bangi. Kat Bandar Baru Bangi tu kecik sikit kedainya. Kat MAEPS ni luas sangat tu yang ada kambing dan unta tu. Hmmmm baru tahu ya daging kambing yang kita makan ni selalunya kambing biri-biri. Kambing biasa tu diternak untuk susu selalunya. Tahu sebab tengok youtube Qi Razali makan kat sini (House of Kambing) kalau tak silap la.
XOXO,
Ezna






Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.