Selepas hantar Dania ke Fakulti, saya berpeluang la ke IOI City Mall dan tersinggah sini pula.
Leona X Machino Airlines Pop up. Kasih Iris Leona, anak pelakon Azhar Sulaiman berkolaborasi dengan brand Machino. Hari first mereka set up Pop Up ni. Masa beratur orang pun tak ramai.
Harga barangan dah sesiap kat depan ni.
Ni lah set up pop up Leona X Machino ni. Machino ni brand dari Malaysia ya. Jual kasut dan beg etc...
Kita akan diberikan kupon jadi akan ada Machino Team merekodkan pembelian kita. Suratan atau kebetulan? Yang entertain saya nama dia 'Dania'. Teringat kat anak sendiri yang sibuk kelas tu haaa....
Dah masuk kita pusing-pusing la sini. Pop up disini direka ala ala kat lapangan terbang tetapi berwarna pink.
Kasut ni comel la.
Aura Wristlet dengan 3 warna untuk dipilih. Espresso, Beige dan Pink.
Boleh dipakai di bahu.
Atau alihkan tempat pemegangnya untuk dijadikan begini dan pakai di pergelangan tangan seperti wristlet. Warna pink ni memang sweet ya amat. Saya beli ni untuk diri sendiri. Cakap dengan Dania saya beli ni kat sini tapi tak cakap la pasal belikan Dania beg dusty pink tu....Biarlah rahsia..
Beg pilihan Leona ni Leona Muse Bag nampak je kecik tapi ada 2 compartment besar dalam ni. Warna Leona pink la of course. Tak ada jual online pulak. Mungkin eksklusif hanya di sini sahaja.
Comel props sini semua pinky....
Macam tempat stamping passport la ni. Ada cop disediakan dan sticker yang comel. Saya sibuk mengecop tu dan ambil beberapa sticker comel untuk diletakkan dalam gift Dania.
Pink sana sini sinun. Tempat duduk ala dalam flight.
Disebabkan beg ini limited edition Leona X Machino, saya belikan Leona Muse Bag untuk Dania. Jadi...kita jadikan hadiah hari jadi la bulan November nanti. Hehehe....Beli awal tak kalut kalau dah jumpa yang saya berkenan....warna beg ni dusty pink.
Dania dah pernah ada kasut Machino ni kat post yang ini
Gift beg ni disertakan dengan kotak cantik ni. Kemudian ada cover untuk beg berbunga ni. Bunga ni Hana Flower. Ada signature Hana Flower kat beg dusty pink, kotak dan cover untuk beg ni.
Didatangkan juga dengan luggage tag yang ada initial 'DY' untuk Dania Yasmine. Personalized kalau beli kat Leona X Machino Airlines ni. Tak nampak sangat dalam gambar ni. Memang Machino panggil tukang stamping nama ni untuk tulis nama kat luggage tag yang dapat for free (jika beli pembelian xxx ke atas) dan mereka yang beli passport cover. Luggage tag ni berbentuk Hana Flower.
Ada juga 'passport' yang saya cop tu dan kecik-kecik tu sticker.
Nak dijadikan cerita, tukang buat stamping initial nama ni duduk Bangi je jadi tau la SMK Jalan Empat tu. Beliau pula pernah bersekolah di SMK Jalan Tiga. Katanya adiknya bersekolah di SMK Jalan Empat. Sempat pulak nak berborak...kawan tu tengah teliti nak siapkan order. Initial pulak tiap kali order akan tukar huruf juga. Kemudian dia akan stamping dengan warna gold. Siap ukur juga sebab nak bagi center dekat luggage tag atau passport holder.
Harap-harap Dania suka la hadiah ni. Saya rasa cute di mata saya bila Dania yang menggayakannya. Sangat feminin la sebab warna pink dan ada Hana Flower kat tengah beg tangan. Saya akan top up lagi kalau ada saya terjumpa dan berkenan but maybe nak buat temanya pink la kot...saya suka beli awal dan sikit-sikit....jadi bila beli tu bab keluar duit tu takde la terasa sangat.
Lepas tu pada 16 Mei 2026 pun ada pergi pulak dengan Dania. Suruh Dania try tote bag ni. Comel sebab ada Hana Flower.
Ada tiket dah...nak terbang ke mana tu?
Cantik dan manis je sandle ni.
Dania cuba yang berwarna brown.
Kasut warna pink.
Kena je beg ni dengan Dania...
Wefie cermin ibu & anak.
Macam ala ala tempat duduk di airport.
Ummi dan Dania kat photobooth. 💜
Leona Machino Airlines
XOXO,
Ezna














Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.