Lepas dah balik dari makan-maka adik beradik kat Dorsett tu hubby kata nak ke IOI City Mall. Nak cari earbud katanya. Ok jom....
Hubby ke kedai komputer, saya dan Dania merayau dalam tu. Ummi ajak ke Machino. Try kasut dulu.
Dania kata selesa macam pijak atas awan. Dalam dia tu tapak lembut dan tebal. Design manis je la sekuntum bunga.
Boleh la buat tukar-tukar kasut pergi kuliah dan jalan-jalan.
Hello sayang...your soul-mate is here.
Bahagia Dania....terus kata nak belikan ummi seluar panjang selesa kat Uniqlo bila Dania dapat gaji nanti. Seluar tu Dania dah ada jadi nak belikan untuk ummi pulak.
XOXO,
Ezna




Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.