Dari Wang Klian View Point, on the way nak ke hotel....singgah ke Capati Kg. Salang. Setiap kali nak ke tempat menarik pasti lalu depan ni jadi hari last kami kat Perlis haruslah singgah.
Warung biasa tepi jalan je dan banyak pula pokok mangga kat sini.
Kami order capati 3 dengan 2 kuah sardin dan 1 gulai ayam.
Menyesal pulak tak ambik kuah sardin. Sedap. Ambik hubby punya sikit. Kuah gulai ayam pun sedap je.
Close up capati dengan kuah sardin. Capatinya lembut elok la. Sedap.
Tempat kami makan ni nampak la beberapa mangga luruh ni. Eiii geram tengok la.
Ni kat pokok.
Saya minta izin nak ambik buah-buah yang jatuh. Orang kedai kata ambik la plastik tu masukkan buah-buah dalam tu. Elok je kulitnya haaa. Saya ambik 4 biji je.
Lepas tu kat tepi jalan ada bunga ala chamomile ni. Tak sure nama bunga ni.
Ada sekali dengan bunga warna ungu juga tapi tak clear la dalam gambar.
Makan kat Capati Kg. Salang ni memang sedap la. Kedai dia biasa je tapi rasanya luar biasa. Harganya bagi saya murah juga. Capati ni orang melayu yang buat ya bukan mamak.
Warung Capati Kg, Salang
01000 Kangar, Perlis.
XOXO,
Ezna
warung nya buka petang ke kak? suka makan capati ni...
BalasPadamkt opis aritu br je ada menu capati..kita jrg mkn ..wah rezeki dpt mangga juga dkt tmpt makan tu
BalasPadamNampak sedappp.. Selain dari kuah sardin, ada kuah apa lagi sis Ezna? Saya suka capati dengan kuah kari kambing 😋
BalasPadamTerliur tengok capati lembut macam tu..Kadang-kadang susah nak jumpa capati yang betul-betul lembut walaupun dah sejuk. Menarik betul pilihan kuah dia, ada sardin dengan gulai ayam. Lepas ni kalau SA ke Perlis, memang wajib singgah rasa kuah sardin tu sebab Ezna dah bagi rating tinggi
BalasPadamSedapnya capati dah lama tak makan. Glurp! tengok sambil telan air liur
BalasPadamSedapnya capati cicah sardin pulak tu...
BalasPadamLagi² duduk bawak pokok gini, makin berselera makan
terliur la capati tuuuu....i masa kat amsterdam pun beria snap2 pic bunga2 celah rumput sbb cute sgt dan warna warni!
BalasPadamnampak garing capati tu.
BalasPadamAdeh.. mana nak cari capati ni.
BalasPadamMangga kat sana banyak sangat kot sampai jatuh-jatuh.
rezekinya siap dapat buah mangga lagi!
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.