Makan tepi laut di Pulau Pinang

Bila travel hari jumaat, sebolehnya nak peruntukkan la solat jumaat kat mana-mana tempat la kan sepanjang perjalanan tu. Ada exception kalau travel hari jumaat tapi tetap la nak cari masjid untuk solat sebab dalam Malaysia kan...kalau kat luar negara tu lain la. 

Dari Changkat Jering tu kami berhenti kat Perai di Masjid Abdullah Ibnu Mas'ud di Taman Pelangi. Kami keluar jalan dalam dari highway tu jam 12 tengahari. Kalau teruskan jugak perjalanan kat highway tu takut tak sempat je. Masa kami sampai tu kiranya awal lagi la. Boleh dengan senang hati parking dalam masjid je. 


Tapi kan....hubby siap cakap lagi...ni kat Malaysia ke kat Bangladesh?. Punya ramai orang dari sana la. Masjid ni kat kawasan kilang. Mungkin pekerja yang berkerja sekitar sini la. Saya dan Dania tunggu dalam kereta. Jenuh berpanas la sebab memang matikan enjin pun jadi pergi je la minum kat warung berdekatan. 


Lepas tu kami singgah tepi laut la pulak. Rumah pangsa area sini dilukis dindingnya. 


Kami singgah sini. 
Nasi Kandar Tepi 
Jalan Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang. 


Bukan sekadar nasi kandar tapi tomyam pun ada. 
Nasi goreng ikan masin ni pilihan saya. 


Ni pilihan Dania....semestinya nasi goreng patayya. 


Memang tempat makan ni tepi laut. 


Boleh nampak beberapa bot nelayan kat sini. 


Hubby makan nasi kandar. Jangan tersandaq sudah. 😅


Masa ni makanan saya dan Dania tak terima lagi. Posing depan kamera dulu la ya. 


Lepas tu kami pun meneruskan perjalanan ke Perlis pula....kereta agak banyak juga di highway PLUS ni. 


Lepas ni post kami check in kat Perlis la.....tunggu....
Kenapa ke Perlis lagi? Ada tempat hubby tengok kat internet. Jadi kami nak ke sini la selain ada tempat yang kami tak pergi dan kami nak pergi la ni. Ada juga tempat yang dah pergi sebelum ni tapi kami repeat lagi. 




XOXO,
Ezna





 

16 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Selamat bercuti kak.
    Seronok jalan2

    BalasPadam
  2. Kalau pekena nasik kandaq... memang komfon tersandaq laaaaa

    BalasPadam
  3. Seronok kan jenjalan. rindu Penang la pulak.

    BalasPadam
  4. Teringat anak saya sewaktu menyertai projek The Light City di Penang. Ada 20 syarikat yang bergabung menyiapkannya. Katanya, di bawah syarikatnya saja ada seranai 800 pekerja dari Bangladesh!

    BalasPadam
  5. Perlis - wishlist.. moga berjaya bercuti ke Negeri Indera Kayangan tu nanti.
    Nasi Kandar memang sedap tapi saya cuma pandai makan dengan satu kuah aje berbanding kuah campur.

    BalasPadam
  6. syoknya makan tepi laut. tengok view laut tenang je.

    BalasPadam
  7. Syoknya makan tepi laut macam tu..sambil makan sambil menikmati pemandangan...tenang aje...Perlis memang dah banyak tempat2 menarik..SA je blom repeat lagi sebab dah banyak kali pergi masa arwah mak masih ada...

    BalasPadam
  8. terliur nasi kandaq dah ni... hihihi...

    BalasPadam
  9. Bestnya sambil layan nasi kandar, boleh layan view tepi laut jugak 😍

    BalasPadam
  10. Menanti cerita ceriti di Perlis Lagi.

    BalasPadam
  11. Uwaaah rindu nak makan nasi kandar di Penang 😄😄. Butterworth nih saya baru sekali kesana. Itupun hanya lewat saja.

    BalasPadam
  12. Bestnya makan nasi kandar tepi laut.

    BalasPadam
  13. Menarik kan lukisan mural kat dinding flat tu kan Kak Ezna...
    Saya pernah tengok di Balik Pulau...flat diaroang berlukisan mural jugak...

    BalasPadam
  14. seronoknya makan tepi laut. tengok langit tu hangat benorr

    BalasPadam
  15. lawa lah gmbr yg ada bot dan daun2 pokok tu ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.