Bila travel hari jumaat, sebolehnya nak peruntukkan la solat jumaat kat mana-mana tempat la kan sepanjang perjalanan tu. Ada exception kalau travel hari jumaat tapi tetap la nak cari masjid untuk solat sebab dalam Malaysia kan...kalau kat luar negara tu lain la.
Dari Changkat Jering tu kami berhenti kat Perai di Masjid Abdullah Ibnu Mas'ud di Taman Pelangi. Kami keluar jalan dalam dari highway tu jam 12 tengahari. Kalau teruskan jugak perjalanan kat highway tu takut tak sempat je. Masa kami sampai tu kiranya awal lagi la. Boleh dengan senang hati parking dalam masjid je.
Tapi kan....hubby siap cakap lagi...ni kat Malaysia ke kat Bangladesh?. Punya ramai orang dari sana la. Masjid ni kat kawasan kilang. Mungkin pekerja yang berkerja sekitar sini la. Saya dan Dania tunggu dalam kereta. Jenuh berpanas la sebab memang matikan enjin pun jadi pergi je la minum kat warung berdekatan.
Lepas tu kami singgah tepi laut la pulak. Rumah pangsa area sini dilukis dindingnya.
Kami singgah sini.
Nasi Kandar Tepi
Jalan Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang.
Bukan sekadar nasi kandar tapi tomyam pun ada.
Nasi goreng ikan masin ni pilihan saya.
Ni pilihan Dania....semestinya nasi goreng patayya.
Memang tempat makan ni tepi laut.
Boleh nampak beberapa bot nelayan kat sini.
Hubby makan nasi kandar. Jangan tersandaq sudah. 😅
Masa ni makanan saya dan Dania tak terima lagi. Posing depan kamera dulu la ya.
Lepas tu kami pun meneruskan perjalanan ke Perlis pula....kereta agak banyak juga di highway PLUS ni.
Lepas ni post kami check in kat Perlis la.....tunggu....
Kenapa ke Perlis lagi? Ada tempat hubby tengok kat internet. Jadi kami nak ke sini la selain ada tempat yang kami tak pergi dan kami nak pergi la ni. Ada juga tempat yang dah pergi sebelum ni tapi kami repeat lagi.
XOXO,
Ezna

Selamat bercuti kak.
BalasPadamSeronok jalan2
Kalau pekena nasik kandaq... memang komfon tersandaq laaaaa
BalasPadamSeronok kan jenjalan. rindu Penang la pulak.
BalasPadamTeringat anak saya sewaktu menyertai projek The Light City di Penang. Ada 20 syarikat yang bergabung menyiapkannya. Katanya, di bawah syarikatnya saja ada seranai 800 pekerja dari Bangladesh!
BalasPadamSelamat menjamu selera.
BalasPadamPerlis - wishlist.. moga berjaya bercuti ke Negeri Indera Kayangan tu nanti.
BalasPadamNasi Kandar memang sedap tapi saya cuma pandai makan dengan satu kuah aje berbanding kuah campur.
syoknya makan tepi laut. tengok view laut tenang je.
BalasPadamSyoknya makan tepi laut macam tu..sambil makan sambil menikmati pemandangan...tenang aje...Perlis memang dah banyak tempat2 menarik..SA je blom repeat lagi sebab dah banyak kali pergi masa arwah mak masih ada...
BalasPadamterliur nasi kandaq dah ni... hihihi...
BalasPadamBestnya sambil layan nasi kandar, boleh layan view tepi laut jugak 😍
BalasPadamMenanti cerita ceriti di Perlis Lagi.
BalasPadamUwaaah rindu nak makan nasi kandar di Penang 😄😄. Butterworth nih saya baru sekali kesana. Itupun hanya lewat saja.
BalasPadamBestnya makan nasi kandar tepi laut.
BalasPadamMenarik kan lukisan mural kat dinding flat tu kan Kak Ezna...
BalasPadamSaya pernah tengok di Balik Pulau...flat diaroang berlukisan mural jugak...
seronoknya makan tepi laut. tengok langit tu hangat benorr
BalasPadamlawa lah gmbr yg ada bot dan daun2 pokok tu ;)
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.