Berchenta je rasa nak habiskan post jemputan ni....Ada sekali tu kami dapat 3 jemputan masa 4 April. Pada tarikh 5 April pula ada jemputan kahwin dari jiran lama kami di Puncak Jalil.
Ni masa kami baru tiba ni. Nampak tak atas sekali tu? Kat situlah majlis perkahwinan diadakan. Gayatnya sebab tinggi tu.
Naik lif macam laju je menuju ke tingkat paling atas.
Dewannya luas dan cantik.
Masa ni tengah potong kek. Anak tuan rumah yang perempuan. Seorang doktor perubatan.
Duduk semeja dengan keluarga ini. Terdetik di dalam hati...entah-entah owner mamak kat PUJ. Memang betul you alls. Ni lah owner Jasir Bistro depan surau Nurul Iman kat Puncak Jalil 9 tu.
Kuih muih banyak. Ada juga bekas kuih muih yang Tuan Rumah sediakan. Tuan rumah ni pemilik ArahChocolate & Bakery. Dulu saya tahu buat coklat dan kuih-muih. Sekarang ni tambahan buat roti dan kek pula.
Center Piece meja kami.
Hubby ambik lempeng dengan sambal. Jarang la wedding ni ada lempeng.
Pelamin yang dihias cantik berwarna merah jambu.
Lalu kat sini nak keluar ambil air yang ada kat luar.
Comel...
Jumpa jiran lama Masmin namanya. Hubbynya ada tempat paintball kat sebelah rumah saya kat Puncak Jalil. Sebelah rumah saya dulu belukar. Jadi hubby Min ni tebas semua kemudian jadikan tempat main paintball.
Teringat dulu-dulu bergotong-royong potong bawang untuk aktiviti masak-masak Hari Raya Aidiladha. Kat situ la kenalnya.
Min dan 3 anak. Anak Min yang perempuan ni dulu kecik lagi. Ni dah pandai bergaya dah. Aunty Ezna dah tua la ni. Lumrah kehidupan kan?. Boys selalunya main-main la. Yang perempuan ni la selalu ada dengan Min. Tu yang saya kenal.
Lagi gambar.
Kat luar ni ada putu bambu dan 3 jenis air balang.
Ni kat dalam dewan dengan jiran rumah lama. Kakak sebelah saya tu jumpa masa masing-masing beriadah kat taman di Kinrara. Hehe. Pastu kami ada sama-sama ikut satu kakak tu bersenam. Tengok2 bukan kami je tapi Naterah (kawan saya) dan beberapa orang lagi la. Kami ikut je kakak tu bersenam. Tahap nenek2 dah sebenarnya sebab dia dah ada cucu dah. Muka awet muda sebab suka bersenam.
Bergambar kejap kat props sini.
Anak kecik kepada Jasir Bistro bagi saya bunga telur ni sebab dia kata dia tak nak. Nama budak ni Jasir. Ohhhh ayahnya taruh nama Restoran sempena nama dia la ni.
Harus ada gambar bertiga la atas ni.
Boleh nampak highway Mex kot kat belakang ni.
Cuaca panas jadi mata pun tertutup la ya.
Gambar Dania seorang pulak. Ni baju Bayu Somerset juga tapi time ni Bayu ni tak dikenali sangat berbanding sekarang jadi baju ni memang tak pernah lagi jumpa kat mana-mana. Untung la beli awal ya. Dania kata dia pun tak pernah dengar Bayu Somerset. Kebetulan masa beli ni SA punya majlis kat Seremban tahun 2023. Haaa time tu Bayu Somerset tidak dikenali lagi.
Nak turun lif kena tunggu lagi. lifnya kus semangat laju juga bila turun. Tengok la tingkat berapa ni...huhu
Selesai juga post yang ni.....akhirnya. Jiran lama kami semuanya memang best la. Rindu betul jiran lama kami ni haa....
XOXO,
Ezna










meriah betul menu nya! sweet la bunga2 tema pinky2 tu :) baju dania pun sweet sbb bunga kecik2 ;) warna pun soft jer
BalasPadammeriahnye dah majlis dah tuu., hehe
BalasPadamSweet color pelamin, nice sangat
BalasPadamMemang nampak grand juga kalau bersanding atas bangunan....
BalasPadamWaaah baguuuus tempatnyaaaa. Dan saya suka bunga2 yg menjadi Deko. Ini pasti pengantin wanita suka sangat pink kan 😄.
BalasPadamMempelai wanita dan pria, teman dari bayi ya kak?
Jiran kakak (kak masmin) memang kliatan awet muda, padahal anaknya 3 dah besar2 yaa. JD macam kakak adik semua 😄👍
Wahh atas langit yaaa
BalasPadamEntah berapa kos majlis tu.
Alhamdulilah makanan mesti sedap belaka
Memang tinggi melangit ni, kus semangat :D
BalasPadamgabungan pemandangan indah&romantik seolah-olah di negeri awan ni kak
BalasPadamPerkahwinan di awangan. Nasib saya dah biasa kat tempat tinggi2 sejak zaman muda remaja.
BalasPadamTinggi betul venue wedding hall tu, betul2 atas langit.
BalasPadamThe groom n bride tu mmg kenal sejak dari baby ke? Sweet betul! Semoga bahagia hingga syurga
Menarik tempat majlisnya. Berapalah agaknya sewa tempat tu. Cantik sambil makan sambil tengok pemandangan sekitar Cyberjaya.
BalasPadambr td komen kt blog PH yg ada gmbr pengantin time kecik kt frame kayu tu..rupanya pengantin yg sama cuma lokasi berlainan
BalasPadamfuhh...baru la boleh sembang "dulu, aku kawin atas kayangan" hihihi...
BalasPadamdah macam matcha strawberry pula, pelamin warna pink,baju pengantin warna hijau gitu
Baca kat blog PH dulu baru datang baca kat sini pulak. Majlis berbeza tapi pengantin yang sama ye. Kecik je dunia ni sebenarnya 😄
BalasPadamAda cousin pernah buat wedding anaknya di sini. Gayat tinggi betul bila bergambar di luar tu.
BalasPadamMajlis kahwin tingkat teratas tu...pelamin cantik..eh semua cantik2 la..anak dara Ezna tu pun bukan main cantiknya
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.