Makan malam di Kebab & Kopi

Dalam perjalanan ke Kedah kami ikut jalan dalam....kami tak ikut highway sebab kat highway pun jam. 
Ternampak Kebab & Kopi tepi jalan je jadi kami singgah la. 



Memang tepi jalan je ni jadi kami parking kat tempat parking dalam sikit. 


Dekorasi kat dalam ni penuh dengan barang antik. 


Boleh tengok meja solek style orang dulu. 


Kat luar pun ada juga meja makannya. 


Dikelilingi oleh pokok-pokok. Rasa redup je kat sini. Kawasan luar ni berbumbung cuma yang tak bestnya tepi jalan je. 


Ni kat cashier ni. 


Haa tudiaaa barangan yang diperaga kat Kebab & Kopi. 


Di satu sudut diantara tempat duduk luar dan dalam. 


Gerobok kayu klasik. 


Hubby order kebab. 


Dania makan Shawarma Ayam dan Wedges. Dania kata sedap. Presentation dengan lapik berkotak hitam putih. 


Saya pulak makan burger ayam. Sedap patty ayam tu rangup. Ada whipped potato dengan french fries jugak. 


Elok sangat la terjumpa Kebab & Kopi ni. Boleh la isi perut dulu. Nak tiba ke destinasi seterusnya tak tahu la bila kan sebab masalah jalan sesak. 

Makanan kat sini takde la kategori murah sangat. Tengok la makanan dan presentation makanan pun. Tempatnya memang unik dan selesa la kan. Walaupun dekorasi bertemakan klasik....tapi makanan kami order bukan makanan klasik ya....Dania kata kedai estetik. 

Kebab & Kopi
116E, Jalan Utama Alor Setar - Sungai Petani, Kampung Pulau Chengai,
08300 Gurun
Kedah. 




XOXO,
Ezna

 

3 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Vibe klasik gitu.. tapi makanan moden. Berapa range harga shawarma kat situ sis Ezna?

    BalasPadam
  2. Suka cafe vibe2 macam ni...instagrammable..SA suka...

    BalasPadam
  3. Suasana tu yg mahal, kan. Nampak menarik, kalau ternampak macam ni, sy pun rasa nak singgah.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.