Klinik Kesihatan dan Bask Bear

Hari ni appointment gigi kat Klinik Kesihatan. Dah berbulan set appointment akhirnya hari yang ditunggu sudah tiba....

Rasanya lengang sikit kat Klinik Kesihatan Bangi kat Seksyen 3 ni sebab ramai yang dah balik kg agaknya....


Naik tingkat 1, kena daftar dan bayar RM1. Tak boleh bayar cash tapi kena credit/debit sahaja. Masa ni pun kena ambik tekanan darah. Tekanan saya tinggi sikit. Mana taknya 1. berjalan 2. takut. 😅


Kena tunggu kat sini. Elok je duduk....5 minit kemudian nombor saya kena panggil dah. Eh....lajunya. Yang menunggu pun tak sampai 10 orang. 

Scaling sekejap je sebab ni nak masuk bulan ke 7 saya scaling semula. Last tahun lepas bulan 10 saya buat scaling. Seeloknya setiap 6 bulan check gigi kan....kalau scaling gigi lebih daripada 1 tahun tu kang jenuh lama sebab karang gigi tebal. Masa buat tu nyilu jugak tapi sebab saya dah bagitau awal-awal kat Dr. Sue tu saya takut....macam treat saya ala ala kanak-kanak riang pulak....ok ya saya buat bahagian atas dulu ya....Alahai lembutnya Dr....

Rasanya pantas semuanya tak sampai 30 minit kot...masa menunggu, scaling dan pembayaran tu. Semua smooth je. 


Kemudian saya singgah la ke Bask Bear Bangi ni nak makan sikit....Saya makan hash brown and egg. Ada cheese tapi saya request tak nak cheese. Air pula Signature Chocolate Latte. 


Me time. Makan sorang-sorang. Sesekali.....


Memang perbezaan yang ketara rawatan pergigian kat Klinik Kesihatan vs Klinik Swasta ni kan....cumanya nak dapat slot appointment tu je la yang agak susah. Set appointment tu kat aplikasi MYSejahtera. 

Ada yang cuti lama ke sempena Hari Raya Haji ni?. Hubby cuti Hari Raya Haji ni je...

Selamat Hari Raya Aidiladha!





XOXO,
Ezna



 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.