Iftar di Ekues Cabin Cafe | Iftar Kampung Berkuda

Pada hari keempat Ramadan tahun 2026 ni, kami berpeluang iftar di Ekues Cabin Cafe. Selalunya minum petang je kan.....pada jam 6 petang kami bertolak la ke sini. 


Iftar Kampung Berkuda nama diberi. 

Credit : Ekues Cabin Cafe

Iftar di Ekues Cabin Cafe ni menghidangkan semi buffet di mana ada buffet dan ada juga hidangan set yang terus dihidangkan di atas meja pelanggan. 

Credit : Ekues Cabin Cafe


Setiap meja yang booking disediakan satu cawan carrot. 


Carrot? Ya....ini adalah snek untuk kuda. 


Carrot yang dah siap dipotong dah ni. 


Kami diantara orang yang terawal datang sebab nak bagi makan kuda. Horse feeding ni dijadualkan jam 6.30 petang  - 7 malam. 


Wefie kami bertiga. 


Tudia...kuda dah datang....kuda ni kalau nak tahu dia takut atau selesa dengan kita....tengok telinganya. Kalau ke hadapan saat kita pegang tu, itu tandanya kuda selesa dengan kita. Telinga kuda ni mengarah ke bahagian hadapan dan nampaknya kuda ni selesa dengan Dania. 


Dania kalau bab haiwan ni memang suka la kan. Nama kuda betina ni Algeria. 


Lagi gambar. Sebelah Algeria ni ada penjaga kuda ni. 


Minta ada seorang pelanggan yang nak berbuka puasa tu ambik gambar. Actually dia yang offer nak ambikkan gambar kami. 


Puas hati gambar yang ni sebab cantik....ummi dan ayah memang tak pegang kuda ni kecuali Dania. Hehehe....


Masih lagi saya berdiri di tepi....tak berani nak usap-usap kuda ni. 


Ada juga kuda hitam ni yang bernama Victor. 


Kuda ni ada bertompok putih. Victor dan Algeria, kedua kuda ni owner dia orang Jepun yang menetap di Singapura. 


Boleh bagi makan kuda ni tapi kena letak tangan flat dan carrot diletakkan di atas tangan. 


Klasik pula gambar ni ya. 


Ada juga yang menunggang kuda masa ni. 


Dah makin gelap dah suasana. 


Pencinta haiwan.....seorang Dania Yasmine. 


Ini pula masa bagi Algeria makan. 


Ada live station tempat buat coffee. 


Makanan yang diambil....mushroom soup. 


Garlic bread dengan buah-buahan. 


Nasi beriani yang dihidangkan di dalam talam. Ada kambing bakar dan ayam masak merah. Portion yang banyak ni bagi kami. 


Dapat pula sampul duit ni yang cantik. 


Ada pula seekor kucing kat sini. 


Kami makan kat tepi ni dengan view ini. 


Buah kurma pun memang ada disediakan juga. 


Kami...menunggu masuk waktu maghrib. 


    Seleksi buffet. 


Garlic bread. 


Finger food ni sandwich tuna. 


Salad dalam bekas kaca yang kecil. 


Belah kiri tu hiasan tempat duduk kuda. 


Ayam dengan jagung ni sedap. 


Kek ni pun sedap. 



Seleksi air ni ada 3. 


Cenderahati yang boleh dibeli. 


Cantik betul la kat sini dengan padang yang sangat luas. 


Surau sementara ada disediakan di sini jadi saya dan Dania bergilir dengan hubby la solat. Jadi ada la orang tunggu kat meja kan. 


Makanan yang disediakan tak adalah banyak mana tapi sedap dan kenyang juga dengan hidangan dalam talam tu. Akhirnya hidangan talam tu kami tapau je. Pelanggan yang berbuka pun tak ramai. Hanya 5 meja je jadi memang tenang-tenang je la kami makan kat sini. 

Lepas tu kami menuju ke Masjid Besi, Putrajaya untuk bersolat terawih. 




XOXO,
Ezna

 

17 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. Kuda² dekat sini semua ada owner ye Ezna? Kiranya diorg upah la kot tempat ni jaga kuda² mereka tu ye...
    Best makan santai gini.. kebanyakan tempat tu crowded time berbuka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap saya ya. Owner kuda2 ni letak kuda kat sini dan dijaga la dengan bagi makanan dan dimandikan. Jadi betul kata PH owner tu letak sini dan bayar sewa untuk menempatkan kuda2 mereka. Mungkin owner Algeria dan Victor ni takde tempat nak letakkan kudanya kat Singapura tu.

      Padam
  2. Wahhh..Menarik tmpt ni sis...Tak ramai org mmg tenang je kita mkn =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang tenang betul tak payah berebut. Tenang je nak makan.

      Padam
  3. Menarik venue ni...harga pun sangat murah...gambar korang pun semua cantik- cantik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya SA...ni kiranya first time iftar kat luar untuk tahun ni.

      Padam
  4. bestnya tmpt ni...dan tak crowded tu sgtlah menarik..cuma jauh plak dari gombak...kat my area..semua tmpt packed la kalau nak iftar kat luar...so far lom ada plan nak iftar kat luar lg utk thn ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak crowded pun Suzz. I pun tak selesa juga kalau ramai2 ni.

      Padam
  5. menarik set dalam talam tu...time adik kita pegi die ada tgk suami intan najwa dok main kuda kt situ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Set talam dia banyak juga untuk kami berbuka jadi memang tapau je la. Ohhh suami Intan Najuwa pun main kuda kat sini eh.....tak sure la kalau terjumpa tu kenal ke idak suaminya. Kalau Intan tu memang cam la juga.

      Padam
  6. Kenapalah saya ingat carrot tu utk manusia makan hahaha. Walaupun pilihan menu tak banyak, tapi sedap2 juga semuanya

    BalasPadam
  7. Pernah mkn di sini sekali, sedap westernnya... dan ada buffet ramadan mst lg best sbb view yg jarang-jarang kita tgk, dpt tgk kuda.. hehehe

    BalasPadam
  8. Nasi beriani dan semuanya nampak sedap Ezna. Ada buffet Ramadan ya.

    BalasPadam
  9. Saya pikir wortel mentah tuh memang untuk kakak 🤣🤣🤣. Ternyata utk kuda . Krn ada loh orang yg suka snacking wortel segar. Contohnya adik saya 🤭😄.

    Saya biasanya tak terlalu suka buffet. Tp Krn ini hanya kue2 tertarik pula. Krn tak terlalu buat kenyang sampai begah.

    BalasPadam
  10. pengalaman iftar yg santai lg menyeronokkan
    makanan sedap plus kuda comel plus view cantik ;-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.