Persiapan raya di Khatam

Ni cerita masa kami masa lepas pergi kenduri di De Roses Conezion tu. Kat bawah dewan tu ada Khatam. Kami terus masuk. 


Baju sedondon keluarga. 


Dah mula orang dok mencari-cari baju raya agaknya kat sini. 


Baju kurta ni 3/4 lengannya. Tak ada seluar. Sesuai digayakan dengan seluar warna hitam. 


Lepas tu cuba pula baju warna rose pink ni. Warna pink tapi tak ketara la pink sangat warnanya macam beg saya. Pakai atas baju je sebab nak ke fitting room kena beratur. Malas pula nak tunggu. Janji selesa saiz dia ok dah. 


Hubby punya warna baju kena ikut la warna baju saya dan Dania. Bila hubby pakai, hubby kata kain dia sedap pakai. Nak minta beli yang warna soft pink kang takut later tak pakai pulak. Hubby kata warnanya cantik. Dania kata takpelah ayah pilih warna ni. Nanti takut tak pakai kalau beli soft pink. Ye lah Dania....lagi pun sama kumpulan warna pink juga. 

Belakang hubby tu baju warna soft pink. 


Baju raya kat Khatam ni. Klasik bajunya. 


Ni pula design berkotak. 


Design berjalur. 


Jom bayar....


Kat luar bangunan ni ada lantern pula sempena sambutan Tahun Baru Cina. 


So far settle dah baju untuk hari raya. Simple je. Tak ada beli baju raya saya dan Dania tahun ni sebab saya ada beli satu baju tu tahun lepas tapi tak pakai lagi. Pakai yang tu je lah untuk baju raya. 


***Dania ada final exam paper subjek Animal Reproduction hari ini. Paper Dr. Suraya. Moga baik-baik ajer untuk Dania ya...ditenangkan hati dan dikurniakan ilham seluas buih di lautan dan menjawab tepat mengikut skima pemarkahan. Aamiin. 




XOXO,
Ezna
 

15 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. brand khatam ni famous jugak esp bj utk lelaki. :) i pun dh setel beli bj raya ezz...biasanya raya pertama jer yg beria ootd, raya kedua tu kdg2 i dh bertolak balik KL sbb mr hubby tak nak stuck dlm jem...tak sure thn ni akan balik KL raya kedua or not..hanim plak akan fly ke sabah utk beraya belah family suami dia (raya ke3 dia fly sabah, tp raya kedua dh balik KL jugak ie rumah suami dia--hanim pjj ie dia kat penang, suami kat KL)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lalu Conezion ni selalu nampak je kedai ni. Tak pernah nak masuk pun. Kali ni masuk pulak. Dah hubby berkenan jadi beli la Suzz. I kali ni balik Kedah lepas tu nak pergi negeri lain pulak. Jalan PLUS ke utara masa cuti perayaan ni selalunya jam melekat. Letih sangat nak hadap you. I rasa mana2 pun sama je kan....

      Padam
  2. senang setel awal..KHATAM ni mmg femes

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah Amy....selalu ke area sini nampak je kedai ni tak singgah pun. Kali ni singgah dan beli pulak. Rupanya selesa baju dia.

      Padam
  3. senang selesai awal..bulan puasa tak penat...hihihi

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..Selesai awal senang sikit kan sis..Sy pun plan nak settle awal.

    BalasPadam
  5. Menarik juga baju kat Khatam ni. Cie minggu depan baru nak hunting baju raya.

    BalasPadam
  6. Saya belum beli laaah. Nanti saja. Kemarin lihat kak Amy belanja baju di Thamrin City saat di JKT, LGS teringin nak kesana. Tp terbayang kalau dah puasa pasti ramaaaai 🤣🤣🤣. Pening kepala saya.

    Di keluarga saya, tak pernah beli baju sama warna kak. Sebab pertama warna fav kami beda semua.

    Kedua, skin tone kami sekeluarga beda. Warna maroon cocok di saya, tp ga cocok di kulit anak bungsu.

    Anak sulung pula hanya mau pakai hitam, dan itu tak sesuai dengan saya.

    Jadi sudahlah, saya bebas kan mereka pilih warna sendiri2 🤣🤣🤣. Daripada ribut pula kan.

    BalasPadam
  7. Kaler rose pink tu cantik! Ramai review kualiti baju khatam ni sedap dipakai

    BalasPadam
  8. Kaler rose pink tu cantik! Ramai review kualiti baju khatam ni sedap dipakai

    BalasPadam
  9. Cantiknya baju2 Khatam ni kan, kualiti pun bagus.

    BalasPadam
  10. Wah dah beli baju Raya...eh cantik lah semua baju tu...suami SA memang pakai baju teluk belanga ni...cuma tu la...tang size tu susah la nak dapat..SA suka kalau dia pakai kurta tapi mimpi aje la nak tnegok dia pakai.kalau nak pakai dia kena kurus sikit...kena hilangkan perut yang comel tu...heheheeh..

    BalasPadam
  11. makin lama makin famous brand ni... penah baca komen psl brand baju melayu yg famous tu. tp jahitan tak bgs. kain panas tak padan dgn harga yg mahal... better pilih khatam ni... lbh menepati ciri2 baju melayu katanya..

    BalasPadam
  12. Janji tone pink ye Kak Ezna hihi...tak senang nak suruh yang lelaki ni pakai pink..allergic betul diaroang hihi...
    Saya untuk raya nanti dah beli untuk saya dulu...kemudianlah cari untuk heroes yang ada tu...

    BalasPadam
  13. Nampak pun kainnya sedap dipakai.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.