Pagi breakfast kat sini. Mulanya nak breakfast dalam UPM je tapi bila Haura masih tak buka...lajak la ke MAEPS.
Tersinggah la kami ke sini. Lama tak makan kat sini....Sisik Sehijau Dedaun.
Saya dan Dania order Bihun Sup dan Mi Sup dan setiap kami tambah pergedil juga.

Order kopi Perak untuk saya sebab Dania kata dia nak mencicah. Kopi ni datang sekali dengan biskut kering.
Senang dah nak bawa makanan pesan dengan ada tray macam kat tempat makan Ikea tu.
Makanan kami. Hubby order teh tarik dengan nasi dagang. Dania mulanya nak nasi dagang tapi ikan baru nak goreng. Tu yang ubah jadi mi sup pulak tu.
Lepas ni ada 2 majlis iaitu Majlis Akikah & Jamuan Raya pula dan majlis kat rumah kawan Dania yang kami melawat masa patah tangan tu. Errr Dania punya segan la sebab nak jumpa ayah Kasih tu sebab ayah Kasih ajar Dania Animal Breeding this sem. Nasib baik la assignment Dania dah hantar. Hehe. Kasih invite 'you and your mom'. Ehem saya pun mengekor le jap lagi. Dah prepare dah cenderahati nak bagi nanti. Haaa lepas kat rumah Kasih ada majlis perkahwinan pula kat Hulu Langat. Err 3 majlis la sebenarnya.
You alls ke mana hari ni....ada open house jugak ke?
XOXO,
Ezna




Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.