Ni cerita masa kami masa lepas pergi kenduri di De Roses Conezion tu. Kat bawah dewan tu ada Khatam. Kami terus masuk.
Baju sedondon keluarga.
Dah mula orang dok mencari-cari baju raya agaknya kat sini.
Baju kurta ni 3/4 lengannya. Tak ada seluar. Sesuai digayakan dengan seluar warna hitam.
Lepas tu cuba pula baju warna rose pink ni. Warna pink tapi tak ketara la pink sangat warnanya macam beg saya. Pakai atas baju je sebab nak ke fitting room kena beratur. Malas pula nak tunggu. Janji selesa saiz dia ok dah.
Hubby punya warna baju kena ikut la warna baju saya dan Dania. Bila hubby pakai, hubby kata kain dia sedap pakai. Nak minta beli yang warna soft pink kang takut later tak pakai pulak. Hubby kata warnanya cantik. Dania kata takpelah ayah pilih warna ni. Nanti takut tak pakai kalau beli soft pink. Ye lah Dania....lagi pun sama kumpulan warna pink juga.
Belakang hubby tu baju warna soft pink.
Baju raya kat Khatam ni. Klasik bajunya.
Ni pula design berkotak.
Design berjalur.
Jom bayar....
Kat luar bangunan ni ada lantern pula sempena sambutan Tahun Baru Cina.
So far settle dah baju untuk hari raya. Simple je. Tak ada beli baju raya saya dan Dania tahun ni sebab saya ada beli satu baju tu tahun lepas tapi tak pakai lagi. Pakai yang tu je lah untuk baju raya.
***Dania ada final exam paper subjek Animal Reproduction hari ini. Paper Dr. Suraya. Moga baik-baik ajer untuk Dania ya...ditenangkan hati dan dikurniakan ilham seluas buih di lautan dan menjawab tepat mengikut skima pemarkahan. Aamiin.
XOXO,
Ezna











brand khatam ni famous jugak esp bj utk lelaki. :) i pun dh setel beli bj raya ezz...biasanya raya pertama jer yg beria ootd, raya kedua tu kdg2 i dh bertolak balik KL sbb mr hubby tak nak stuck dlm jem...tak sure thn ni akan balik KL raya kedua or not..hanim plak akan fly ke sabah utk beraya belah family suami dia (raya ke3 dia fly sabah, tp raya kedua dh balik KL jugak ie rumah suami dia--hanim pjj ie dia kat penang, suami kat KL)
BalasPadamKalau lalu Conezion ni selalu nampak je kedai ni. Tak pernah nak masuk pun. Kali ni masuk pulak. Dah hubby berkenan jadi beli la Suzz. I kali ni balik Kedah lepas tu nak pergi negeri lain pulak. Jalan PLUS ke utara masa cuti perayaan ni selalunya jam melekat. Letih sangat nak hadap you. I rasa mana2 pun sama je kan....
Padamsenang setel awal..KHATAM ni mmg femes
BalasPadamTu lah Amy....selalu ke area sini nampak je kedai ni tak singgah pun. Kali ni singgah dan beli pulak. Rupanya selesa baju dia.
PadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.