Peluncuran musim baru MotoGP 2026 di Kuala Lumpur

Hari tu lepas makan kat Alamanda, yang saya dan Dania ke rumah Zaliah kan....Hubby pula ke Kuala Lumpur pada 8 Feb 2026 (Ahad). Peluncuran musim baru MotoGP di Kuala Lumpur. Hubby peminat motor berkuasa besar dan jadi minatlah MotoGP ni. Pemandu semua turun kat sini. 

Suasana petang tu hujan la. Pemandu perlumbaan MotoGP akan menaiki motor masing-masing melalui kawasan yang berpagar di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun hujan, tak mematahkan semangat orang ramai untuk menyaksikan pemandu MotoGP ni. 


Nampak jalan basah kan....ada kawasan berpagar pula....hubby naik motor nak ke sini sebab katanya kalau naik kereta mau stuck kat jam sebab ada beberapa jalan ditutup. Kat Kuala Lumpur ni macam ni lah. Ada event je tutup jalan, tutup jalan je ada event. Haaa gitu...


Pemandu MotoGP dijadualkan untuk melalui kawasan ni jam 7 malam tapi terpaksa dilewatkan kerana hujan. 


Pukul berapa la ya mereka yang tunggu belakang pagar tu sebab nak ambik view paling depan. 


Hubby sempat solat maghrib lagi kat KLCC tapi tau je lah time maghrib ni penuh la kat surau tu. Bila selesai je solat....ke tempat ni balik dan rupanya baru nak mula. Tak dapat la tempat paling depan tapi ok la dengar preng preng tu. 😅


Ni lah gambar pemandu MotoGP bergambar beramai-ramai. Cantik gambar ni. Depan KLCC ni. 

Credit : Google

Ikutkan hubby ajak la kami pergi sekali tapi Dania tak nak sebab masih ada paper tak selesai lagi. Dania kata menarik juga kalau pergi tapi sebab nak study kan. Kalau dah minat....event macam ni hubby sanggup la pergi. Lepas tu ada pemberian T Shirt percuma pulak. Hubby dapat la 2 helai. Warna hitam T-Shirt dia. 



***Hari ni Dania ada 2 paper Final Exam iaitu Pasture Science dan Animal Genetics. Moga mendapat ilham seluas buih di lautan dan menjawab tepat mengikut skima pemarkahan. Paper Dr. Frisco dan Dr. Aida. Lepas tu hooray hooray dah. Insya Allah. 





XOXO,
Ezna



Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.