Hari tu lepas makan kat Alamanda, yang saya dan Dania ke rumah Zaliah kan....Hubby pula ke Kuala Lumpur pada 8 Feb 2026 (Ahad). Peluncuran musim baru MotoGP di Kuala Lumpur. Hubby peminat motor berkuasa besar dan jadi minatlah MotoGP ni. Pemandu semua turun kat sini.
Suasana petang tu hujan la. Pemandu perlumbaan MotoGP akan menaiki motor masing-masing melalui kawasan yang berpagar di sekitar Kuala Lumpur. Walaupun hujan, tak mematahkan semangat orang ramai untuk menyaksikan pemandu MotoGP ni.
Nampak jalan basah kan....ada kawasan berpagar pula....hubby naik motor nak ke sini sebab katanya kalau naik kereta mau stuck kat jam sebab ada beberapa jalan ditutup. Kat Kuala Lumpur ni macam ni lah. Ada event je tutup jalan, tutup jalan je ada event. Haaa gitu...
Pemandu MotoGP dijadualkan untuk melalui kawasan ni jam 7 malam tapi terpaksa dilewatkan kerana hujan.
Pukul berapa la ya mereka yang tunggu belakang pagar tu sebab nak ambik view paling depan.
Hubby sempat solat maghrib lagi kat KLCC tapi tau je lah time maghrib ni penuh la kat surau tu. Bila selesai je solat....ke tempat ni balik dan rupanya baru nak mula. Tak dapat la tempat paling depan tapi ok la dengar preng preng tu. 😅
Ni lah gambar pemandu MotoGP bergambar beramai-ramai. Cantik gambar ni. Depan KLCC ni.
Credit : Google
Ikutkan hubby ajak la kami pergi sekali tapi Dania tak nak sebab masih ada paper tak selesai lagi. Dania kata menarik juga kalau pergi tapi sebab nak study kan. Kalau dah minat....event macam ni hubby sanggup la pergi. Lepas tu ada pemberian T Shirt percuma pulak. Hubby dapat la 2 helai. Warna hitam T-Shirt dia.
***Hari ni Dania ada 2 paper Final Exam iaitu Pasture Science dan Animal Genetics. Moga mendapat ilham seluas buih di lautan dan menjawab tepat mengikut skima pemarkahan. Paper Dr. Frisco dan Dr. Aida. Lepas tu hooray hooray dah. Insya Allah.
XOXO,
Ezna





masa muda2 suka jugak pergi tengok event mcm ni
BalasPadamYa lah...mungkin tak banyak komitmen sangat kan....la ni komitmen banyak....event macam ni selalu takpelah tak pergi pun.
PadamMula2 uncle kagum ingatkan ezna yg ambik gambar grup foto tu... Camana la dia dapat angle yang best tu... rupa2nya credit pakcik gugel... hehehe
BalasPadamHehe....lawa sangat gambar tu UG. Mau lense dia jenis panjang tu. Pakcik Gugel jugak banyak berjasa. Haha
Padamsy nak pergi tapi tu laa ada hal lain... hishhh terlepas daaa... kena tggu thn dpn ke mcm mn ni? hahaha
BalasPadamKena tunggu la tahun depan tapi tu pun kot dia buat....
PadamKSarie tidak pernah pergi ke event macam ni. Macam menarik juga ye.
BalasPadamSaya pun tak pergi Kak Sarie....suami minat jadi dia yang pergi.
PadamWaaaah ini bagi peminat moto GP memang dibela2in untuk datang lah 😄😄. Raka tak terlalu suka, Krn tuh jarang ikuti update nya. Sepupu dia sukaaa sangat moto GP. Tp kalaupun tahu ttg event ini, saya rasa tak akan DTG juga, sebab istri nya tengah pregnant 😄
BalasPadamKalau dah minat, sanggup kuredah kan hehe. Tpi bestla siap dapat 2 tshirt tu
BalasPadamrasanya event ni, yg ada kemunculan fattah amin kan hahah (i minat FA :p)
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.