Masa breakfast pagi tu, kami satu family menuju ke Haura Cafe dalam main campus UPM. Tengah makan, Dania kata eh...macam Sir Ifwat. Dengar suara pun Dania cam Sir Ifwat. Siapakah Sir Ifwat ni?. Beliau merupakan tutor di MC+. Pernah mengajar Dania subjek Add Maths dan Maths masa ambil tuition online dulu.
Boleh Dania ingat suara Sir Ifwat?. Dah lama dah kot....
As usual saya akan mulakan conversation dulu kata ni Sir Ifwat ke?. Ni anak saya Plusian zaman Covid. SPM 2021. Rupanya Sir alumni UPM ni ambil Master in Applied Mathematics. Saya tanya Sir memang tinggal sini ke? Beliau kata memang duduk area Serdang pun. Bila google, Sir pelajar yang menyampaikan ucapan masa Majlis Konvokesyen UPM ke 38 masa Bacelor. Wahhh banyak juga pencapaian Sir ni. Tumpang bangga la.
Sir pun tanya Dania kat Fakulti mana? Dania kata Fakulti Pertanian.
Bersemangat Dania ya...kebetulan hari yang sama ada presentation subjek Resource Planning & Evaluation.
Lepas tu jumpa Anis pula. Anis ni kawan sekelas Dania masa asasi. Mereka pun baik juga cumanya Anis kat Fakulti Sains. Anis ambil Bacelor Sains Kimia Perindustrian. Pernah la keluar beberapa kali.
Masa ni nak balik...eh ternampak pulak si Farah ni. Kawan yang Dania baik sekelas ni tapi kelas je tak sama pagi ni sebab ambil elektif yang berlainan. Farah yang masakkan Dania Cottage Pie tu.
Sir Ifwat pun repost kat IG Story dan kata All the Best.
Sebenarnya Dania akan excited jumpa tutor MC+ ni. Mesti nak ambil gambar. Sebelum ni jumpa Sir Uzairi sampai 2 kali tu. 😅. Errr ummi pula turut excited jumpa mana2 yang related dengan Dania la. Tanpa mereka....Dania tak akan berjaya ke tahap sekarang. Dulu Dania takut juga dengan subjek Matematik ni....bila ada tutor yang boleh ngam ni membuatkan Dania berani menjawab soalan-soalan Matematik ni yang sekarang ni soalannya advance betul.
Jangan ingat masa degree tak ada kiraan matematik ni....ada juga. Cuma takdelah kiraan yang advance sangat tu kecuali kalau ambik course engineering, statistics dan yang sewaktu dengannya. Matematik ni guna sepanjang hayat kan walaupun takde la calculus ke apa ke tapi nak kira duit buat pembelian tu kira matematik la juga kan....
XOXO,
Ezna






Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.