MBG Fresh Market bukan sekadar buah....

Bila Dania nak ke Ambank ada urusan sikit. Seronok betul la Ambank kat Shaftsbury Putrajaya depan Alamanda ni. Orang tak ramai pun. Tenang je nak berurusan. 

Berdekatan Ambank ni ada MBG Fresh Market. Bukan sekadar buah ya. Jom tengok apa yang ada kat sini.


Dibuka 24 jam tu. 


MBG ni tak boleh lari la dari menjual buah-buahan kan.....


Kat depan ni fresh sangat nampak ikan, kerang, lala semualah. Kerang pulak jenis masih hidup bila gerakkan cengkerang je, dia gerak kat bahagian dalam tu. 


Warna-warni buah-buahan kat sini. 


Ada ayam dan di hujung sana daging dari Colla Cattle Farm yang dipunyai oleh orang muslim. 


Kat sini macam hypermarket biasa tu. Ada bahagian rempah ratus, sejuk beku dan semualah. Tapi....satu je yang saya cari tak ada....iaitu buah lemon. Udah kena singgah kedai Acheh pulak beli buah lemon. Nampak je kedai Acheh tu kecik tapi buah lemon ada. 

Oh...owner MBG Fruits Sdn Bhd ni Adnan Lee. Patut la daging lembu tu dari ladang orang muslim jugak. 

MBG Fresh Market ni terletak di UG27 & UG28, Level UG, Shaftsbury Putrajaya, Jalan Alamanda, Presint 1, 62000 Putrajaya. Rasanya MBG Fresh Market ni hanya berada di Putrajaya sahaja (setakat ni la).




XOXO,
Ezna

11 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. owner MBG ni chinese muslim ker? i never know this ;)

    BalasPadam
  2. Saya kalau ke area tengah (KL dan sekitarnya), selalu singgah beli buah di MBG. Di utara tak ada. Suka beli di MBG sebab banyak pilihan buah segar dengan harga bersesuaian dan sokong pemiliknya Muslim.

    Baru tau ada MBG Fresh. 24 jam pulak tu. Ada kesempatan bolehlah saya shopping sini.

    BalasPadam
  3. Bestnya MBG Fresh Market ni. Selalu beli dekat kiosk. Ada buah-buahan je.

    BalasPadam
  4. rasanya mcm resepi khairul aming blm ada bahan lemon tp habis kot ye lemon kat situ hehehe

    BalasPadam
  5. Kalau di sini perkataan MBG nih sedikit buat emosi lah 🤣🤣🤣. Makan Bergizi Gratis utk seluruh sekolah negeri , konsep utopia dari presiden Indonesia, yg pada dasarnya nak memperbesar celah korupsi .

    Bagus Hypermarket nyaa. Saya biasa belanja di tempat2 begini jika ingin mencari buah premium. Yg susah kalau dicari di pasar biasa.

    BalasPadam
  6. Betul buah2 MBG ni fresh kan. Pernah singgah MBG Shaftsbury ni memang banyak pilihan

    BalasPadam
  7. KSarie suka tengok buah-buahan segar. Kadang-kadang nak beli sejenis buah sahaja akan berakhir dengan berjenis-jenis buah

    BalasPadam
  8. bestnya ada jual seafood dgn daging jugak. harga avacado tu murahlah. RM10 utk 3 biji. selalu kalau gi tempat lain, harganya sebijik saja dah rm5-rm6

    BalasPadam
  9. MBG Fresh Markets ni ada kat Putrajaya aje ye...menarik la tempat ni....tempat fav SA ni....dah umur2 ni suka healing tempat2 macam ni

    BalasPadam
  10. MBG ada jugak jual macam ni ye Kak Ezna..selalunya nampak kios atau stall je...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.