Semalam, hubby kata nak berbuka di luar kemudian saya suggest berbuka di sini. So kami semua menuju ke IOI City Mall.
Kalau dapat tempat duduk tepi air pancuran tu best juga tapi penuh la. Dapat tempat duduk yang sebelahnya ala sofa dan sebelah lagi kerusi kayu.
Dania dia berjalan masa ni sebab tak nak tunggu kat meja sebab nampak minuman yang menyelerakan. Berpuasa kan jadi terganggu nampak makanan / minuman yang terhidang di atas meja. Hehe. Kita ambik je la gambar berdua.
Masa ni makanan saya je belum sampai.
Bergambar dulu. Masa ni beberapa minit sebelum berbuka puasa.
Hidangan Dania, air tembikai dan fresh tomato penne.
Saya pula memilih sparkling lemon dan nasi goreng Thai pedas.
Hubby pilih teh tarik dan nasi ulam ayam bakar. Hubby teringin nak makan menu yang Jibby by The Park sediakan tapi tak ada pula kat sini. Memang hidangan berlainan di Serai Group ni.
Pisang goreng dengan rose syrup dan aiskrim vanilla. Lama tak makan ni.
Piring disediakan tiga bersama garfu.
Kek yang disediakan....
Hidangan kat sini sedap. Boleh la pergi lagi.
Lepas tu nak ke surau....tapi hubby nak mencuba solat kat Musolla yang besar kat IOI City Mall ni tempat mereka buat solat jumaat. Masa menonton The Devil Wears Prada saya dan Dania solat kat sini. Hubby belum pernah jadi kami ke sini la.
Masa berjalan kami berselisih dengan Sir Uzairi dan isterinya Aina Adleen. Saya tak perasan tapi Dania cakap perlahan....ummi Sir Uzairi. Terus la saya panggil Sir Uzairi...hehe. Beliau dah melepasi kami dah. Minta izin ambik gambar dan tadaaaa....Sir kata haa kamera...mungkin pelik bawa kamera dalam mall kan. Saya nak ambik gambar kami makan tadi tu yang beriya bawa kamera. Kang guna phone penuh lagi gallery saya. Dah banyak yang saya buang dah.
So...perkenalkan Dania Plusian SPM 2021. Sir tanya dah kerja ke....Dania kata masih belajar. Plusian ialah gelaran buat student yang ambil tuition online dengan MC+. Sir Uzairi ajar Dania tuition Matematik. Pernah la join sekejap tuition face to face kat Maths Cinic Bangi tu sebelum time tu diisytiharkan tak boleh buka premis perniagaan sebab Covid-19. Selepas tiu Pusat Tuition Maths Clinic buat online tuition yang namanya MC+.
Lawa isteri Sir Uzairi ni...hidung mancung....
Lagi gambar. Sir Uzairi tanya hubby kami tinggal kat mana....
Throwback Dania dan Sir Uzairi kat Maths Clinic tahun 2020 masa Dania Tingkatan 4. Sir Uzairi masa ni pening kepala agaknya. 6 tahun lalu. Rambut Sir pun panjang time ni.
Ni ada video Dania join Circle your correct answer (Cyca) dengan Sir Uzairi tahun 2019 kat MMU, Cyberjaya. Link CYCA
Dulu memang rajin la sign up nama Dania untuk bengkel mata pelajaran ni. Kalau dekat mesti pergi macam event Berita Harian PT3 kat Heriot Watt, CYCA PT3 kat MMU etc. Masa UPSR pun ada Berita Harian UPSR buat kat UKM.
XOXO,
Ezna








Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.