Ni lah hasil operasi memotong 2 pokok mangga dan pokok kemboja. Penuh dah tongnya....patut ambik hari isnin....setakat minggu ni tak diambil lagi. Rimas juga la bila ada tong besar ni kat luar rumah sebab rasa sempit je bila nak keluar rumah tu. Bila tak ada tong ni lapang la kan.
Lagi satu saya tak berkenan la ada pula yang tumpang membuang sampah kat sini. Sekurang-kurangnya beritahu la tuan badan kan. Ini ada pula penyapu buruk dalam ni. Tau tau je dah ada....adab kan....nak buang bagitau la. Bukannya tuan badan nak marah ke apa. Kelapa tu pun buang juga sebab kat belakang tu kelapa tua banyak yang luruh. Baru-baru ni nampak kotak pulak dalam tong sampah ni.
Lepas tu hubby pijak-pijak la sampah ni nak bagi mampat. Sampah tak boleh diletakkan membukit sangat...takut-takut orang roro ni tak ambik je. Mereka akan meletakkan penutup kat roro ni la supaya sampah semua tak terkeluar.
Cepat-cepat la ambiknya...takut-takut perabot lama pulak masuk dalam ni. Setakat hari sabtu 17 Jan 2026 tong roro masih tidak diambil. Hubby dah call dah kontraktor tong ni tapi jawapannya 'nanti saya ambil'. Nanti saya ambil la ni sampai sekarang nantinya tu tak ambil-ambil lagi. 😅
XOXO,
Ezna


dh penuh sgt tu ezz...kena call org yg incharge roro tu suruh cepat2 dpt amik laaa...memang kat mana2 pun i selalu nmpk tong roro ni ada yg suka suki gi buang brgan masing2 dlm tu..ala2 menumpang tanpa kebenaran gitu...annoying sgt
BalasPadamHubby I dah call 2 kali dah. Jawapannya 'nanti saya ambil' Tapi nantinya tu sampai sekarang ada lagi tak berambil. Bukan apa, I takut orang main buang entah apa2 dalam ni. Ya menumpang tanpa kebenaran dan rimas sebab tong ni besar.
PadamSelagi tak diangkat tu, selagi tu sakit mata kita kan... Kena call semula la kot kontraktor tu
BalasPadamYa dah call 2x dah PH. Memang sakit mata sebab selesai dah tugas memotong pokok ni.
PadamCara terbaik...boleh pergi ke website atau call untuk buat feedbac..Mana tahu dapat perhatian. Mungkin pihak di sana tidak mengetahui kot
BalasPadamDah tahu dah sebab suami call sendiri kontraktor yang kami sewa ni.
PadamSemoga cepat selesai urusan roro bin ni
BalasPadamTerima kasih.
PadamTak senonoh betul perangai jiran yang tumpang sampah tu, dia tahu tak orang bayar tong roro tu??? Ishhh.. kita pulak yg rasa nak marah ni.
BalasPadamSebenarnya apa salah beritahu dulu kan?. Kami ni takdelah kejam sangat tak bagi membuang sini. Adab letak kat mana tak tahulah.
PadamMemang selalu gitu...jenis menumpang ni, geram betul..dah la roro tu kita bayar..tapi, tula..majlis takde sediakan roro ke kalau kita request ye? Bayar cukai mahal².. semua tak boleh buat..sampah pun pilih²..
BalasPadamYa Linda, roro ni berbayar. Lepas tu main buang ikut suka suki nak buang. Beritahu la kan....sopan sikit kan....ni main buang je.
PadamMajlis ni tak sure dia ada sediakan ke tak tapi lori ambik daun2 memang ada datang cumanya dia ambik ranting2 sikit2 yang diletak di luar. Ni kalau letak kat luar jadi semak sebab memang banyak sangat ranting2 yang besar2. Jadi tu la suami akak order tong roro.
Padamkemain yang suka ambil kesempatan tu ye...diam2 je dia ye..aissh tak berkenan sgh la orang macam ni
BalasPadamYa memang ada jenis macam ni. Kat mana-mana pun ada. Suka ambik kesempatan.
PadamIngat tong free agaknya tu suka2 je buang situ. Patutnya tanya la dulu. Atau memang saja nak memudahkan diri sendiri. Penyapu pun buang situ. Apo la.
BalasPadamYa nak senang kan tapi dia buat kerja senyap-senyap je tu.
Padamagaknya yg tumpang buang tu drg tawu ke tak ye tn rmh byr sewa tong roro tu kat situ? hehe
BalasPadamTahu tapi buat-buat bodoh je.
PadamMemang... ramai je orang jenis tumpang tong roro ni... Pandai pulak buang time orang tak nampak!
BalasPadamTepat sekali UG tapi hari tu terkantoi dengan suami....dia nak buang kat sini kebetulan suami datang nak buang ranting...ehhhhh dia patah balik tak bagitau apa....dia terkejut suami tiba-tiba keluar.
PadamOh sebutannya tong Roro yaaa... Baru tahu saya. Semoga cepatlah diambil. Kalau disini memang ada petugas yg rutin datang. Cuma pening kalau lebaran, dia cuti juga, agak lama. Jadi kadang bingung nak letak mana lagi sampah
BalasPadamIni kakak order dari contractor company dan bukan di bawah pemerintah yang menjaga kawasan ini. Pemerintah yang menjaga kawasan ini pun ada yang datang kutip sampah tapi bukan sampah yang sebanyak ini. Kena masuk dalam plastik sampah.
Padamkadang2 geram kan. kita sewa roro ni utk buang sampah kat rumah kita, tiba2 ada sampah orang lain pulak
BalasPadamYa nak tumpang tapi mulut tak bagitau. Buat kerja senyap-senyap je.
PadamTakut esok pagi tengok-tengok ada tilam pulak... adehhh
BalasPadamHahaha.....memang tak mustahil kan....alhamdulilah dah diambil tong ni hari sabtu masa kami tak ada di rumah. Bila tengok dah diambil....rasa lapang je.
PadamAduhai..Ade jgk sampah tanpa izin ye dlm roro tu..Sgt xde manners la yg membuang tu.
BalasPadamHal sampah setiap hari ada ja kan..kena buang secepatnya bagi sampah yang basah ke kan.akan ada yang ambillah tu buang..
BalasPadamKang lambat tetiba ada yang menumpang buang lagi tak ke naya nantinya tu Kak Ezna...yang kontraktor punnn sabar jelah....
BalasPadamCatat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.