Tong roro dah penuh

Ni lah hasil operasi memotong 2 pokok mangga dan pokok kemboja. Penuh dah tongnya....patut ambik hari isnin....setakat minggu ni tak diambil lagi. Rimas juga la bila ada tong besar ni kat luar rumah sebab rasa sempit je bila nak keluar rumah tu. Bila tak ada tong ni lapang la kan. 

Lagi satu saya tak berkenan la ada pula yang tumpang membuang sampah kat sini. Sekurang-kurangnya beritahu la tuan badan kan. Ini ada pula penyapu buruk dalam ni. Tau tau je dah ada....adab kan....nak buang bagitau la. Bukannya tuan badan nak marah ke apa. Kelapa tu pun buang juga sebab kat belakang tu kelapa tua banyak yang luruh. Baru-baru ni nampak kotak pulak dalam tong sampah ni. 


Lepas tu hubby pijak-pijak la sampah ni nak bagi mampat. Sampah tak boleh diletakkan membukit sangat...takut-takut orang roro ni tak ambik je. Mereka akan meletakkan penutup kat roro ni la supaya sampah semua tak terkeluar. 


Cepat-cepat la ambiknya...takut-takut perabot lama pulak masuk dalam ni. Setakat hari sabtu 17 Jan 2026 tong roro masih tidak diambil. Hubby dah call dah kontraktor tong ni tapi jawapannya 'nanti saya ambil'. Nanti saya ambil la ni sampai sekarang nantinya tu tak ambil-ambil lagi. 😅




XOXO,
Ezna

 

30 Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.

  1. dh penuh sgt tu ezz...kena call org yg incharge roro tu suruh cepat2 dpt amik laaa...memang kat mana2 pun i selalu nmpk tong roro ni ada yg suka suki gi buang brgan masing2 dlm tu..ala2 menumpang tanpa kebenaran gitu...annoying sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hubby I dah call 2 kali dah. Jawapannya 'nanti saya ambil' Tapi nantinya tu sampai sekarang ada lagi tak berambil. Bukan apa, I takut orang main buang entah apa2 dalam ni. Ya menumpang tanpa kebenaran dan rimas sebab tong ni besar.

      Padam
  2. Selagi tak diangkat tu, selagi tu sakit mata kita kan... Kena call semula la kot kontraktor tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dah call 2x dah PH. Memang sakit mata sebab selesai dah tugas memotong pokok ni.

      Padam
  3. Cara terbaik...boleh pergi ke website atau call untuk buat feedbac..Mana tahu dapat perhatian. Mungkin pihak di sana tidak mengetahui kot

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tahu dah sebab suami call sendiri kontraktor yang kami sewa ni.

      Padam
  4. Semoga cepat selesai urusan roro bin ni

    BalasPadam
  5. Tak senonoh betul perangai jiran yang tumpang sampah tu, dia tahu tak orang bayar tong roro tu??? Ishhh.. kita pulak yg rasa nak marah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya apa salah beritahu dulu kan?. Kami ni takdelah kejam sangat tak bagi membuang sini. Adab letak kat mana tak tahulah.

      Padam
  6. Memang selalu gitu...jenis menumpang ni, geram betul..dah la roro tu kita bayar..tapi, tula..majlis takde sediakan roro ke kalau kita request ye? Bayar cukai mahal².. semua tak boleh buat..sampah pun pilih²..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Linda, roro ni berbayar. Lepas tu main buang ikut suka suki nak buang. Beritahu la kan....sopan sikit kan....ni main buang je.

      Padam
    2. Majlis ni tak sure dia ada sediakan ke tak tapi lori ambik daun2 memang ada datang cumanya dia ambik ranting2 sikit2 yang diletak di luar. Ni kalau letak kat luar jadi semak sebab memang banyak sangat ranting2 yang besar2. Jadi tu la suami akak order tong roro.

      Padam
  7. kemain yang suka ambil kesempatan tu ye...diam2 je dia ye..aissh tak berkenan sgh la orang macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya memang ada jenis macam ni. Kat mana-mana pun ada. Suka ambik kesempatan.

      Padam
  8. Ingat tong free agaknya tu suka2 je buang situ. Patutnya tanya la dulu. Atau memang saja nak memudahkan diri sendiri. Penyapu pun buang situ. Apo la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nak senang kan tapi dia buat kerja senyap-senyap je tu.

      Padam
  9. agaknya yg tumpang buang tu drg tawu ke tak ye tn rmh byr sewa tong roro tu kat situ? hehe

    BalasPadam
  10. Memang... ramai je orang jenis tumpang tong roro ni... Pandai pulak buang time orang tak nampak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali UG tapi hari tu terkantoi dengan suami....dia nak buang kat sini kebetulan suami datang nak buang ranting...ehhhhh dia patah balik tak bagitau apa....dia terkejut suami tiba-tiba keluar.

      Padam
  11. Oh sebutannya tong Roro yaaa... Baru tahu saya. Semoga cepatlah diambil. Kalau disini memang ada petugas yg rutin datang. Cuma pening kalau lebaran, dia cuti juga, agak lama. Jadi kadang bingung nak letak mana lagi sampah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ini kakak order dari contractor company dan bukan di bawah pemerintah yang menjaga kawasan ini. Pemerintah yang menjaga kawasan ini pun ada yang datang kutip sampah tapi bukan sampah yang sebanyak ini. Kena masuk dalam plastik sampah.

      Padam
  12. kadang2 geram kan. kita sewa roro ni utk buang sampah kat rumah kita, tiba2 ada sampah orang lain pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya nak tumpang tapi mulut tak bagitau. Buat kerja senyap-senyap je.

      Padam
  13. Takut esok pagi tengok-tengok ada tilam pulak... adehhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.....memang tak mustahil kan....alhamdulilah dah diambil tong ni hari sabtu masa kami tak ada di rumah. Bila tengok dah diambil....rasa lapang je.

      Padam
  14. Aduhai..Ade jgk sampah tanpa izin ye dlm roro tu..Sgt xde manners la yg membuang tu.

    BalasPadam
  15. Hal sampah setiap hari ada ja kan..kena buang secepatnya bagi sampah yang basah ke kan.akan ada yang ambillah tu buang..

    BalasPadam
  16. Kang lambat tetiba ada yang menumpang buang lagi tak ke naya nantinya tu Kak Ezna...yang kontraktor punnn sabar jelah....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.