Tong roro dah penuh

Ni lah hasil operasi memotong 2 pokok mangga dan pokok kemboja. Penuh dah tongnya....patut ambik hari isnin....setakat minggu ni tak diambil lagi. Rimas juga la bila ada tong besar ni kat luar rumah sebab rasa sempit je bila nak keluar rumah tu. Bila tak ada tong ni lapang la kan. 

Lagi satu saya tak berkenan la ada pula yang tumpang membuang sampah kat sini. Sekurang-kurangnya beritahu la tuan rumah kan. Ini ada pula penyapu buruk dalam ni. Tau tau je dah ada....kelapa tu pun buang juga sebab kat belakang tu kelapa tua banyak yang luruh. Baru-baru ni nampak kotak pulak dalam tong sampah ni. 


Lepas tu hubby pijak-pijak la sampah ni nak bagi mampat. Sampah tak boleh diletakkan membukit sangat...takut-takut orang roro ni tak ambik je. Mereka akan meletakkan penutup kat roro ni la supaya sampah semua tak terkeluar. 


Cepat-cepat la ambiknya...takut-takut perabot lama pulak masuk dalam ni. 




XOXO,
Ezna

 

Post a Comment

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik.